Orang Kata Aku Lahir Dari Perut Ibu


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga yang susukan aku.. ibu
Bila lapar yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur aku cari.. ibu
Bila nangis orang pertama yangdatang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu
panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu


Renungkan:
Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis
belajar dan berkerja... bolehkah kamu
kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit
sebulan pun cukuplah"
disini aku faham,ibu bukan mahu wang sebenarnya
ibu mahu kasih sayang aku..

ibu mahu aku pulang kerana ibu sayang aku..

No comments: