Boleh ke minum menggunakan tangan kiri?

Untuk kali ni aku nak post tentang agama sikit.Boleh ke minum menggunakan tangan kiri?
senang cerita jawapannya tak boleh.kenapa??takkan tu pon salah.selama ni aku dosa la minum menggunakan tangan kiri.

Hadith yang diriwayatkan oleh At Tarmizi dalam Kitab Makanan, dalam Bab Larangan Makan Dan Minum Dengan Tangan Kiri, no hadith 1721.

Maksud: Bahawa Nabi s.a.w bersabda: Jangan kamu makan dengan tangan kiri dan jangan kamu minum dengan tangan kiri maka sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.

Hadith yang diriwayatkan oleh At Tarmizi juga, no hadith 1722.

Maksud: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanan dan hendaklah dia minum dengan tangan kanan maka sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.

p/s:dulu aku x tau,aku pon minum guna tangan kiri jgk..sekarang tak la.

No comments: