Apabila akal di bawah nafsu di atas

Apabila akal di bawah nafsu di atasDunia oh dunia.Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.Orang kata hidup ini macamanak panah.Kita sudah ada sasaran kita.Setiap orang ada jalannya sendiri.Suatu ketikakawan aku pernah bertanya,kenapa ada manusia baik dan kenapa ada manusia jahat.Tergamam juga aku dibuatnyamenjawab soalan itu.Hmm..patutkah akupelik dan hairan apabila melihat remaja perempuan merokok?Ya itulah hakikatnya yang aku lihat semenjak berhijrah ke sini(ShahAlam) Hampir 20 tahun lebih aku menetap di Perlis,tidak pernah aku melihat remaja perempuan merokok.Tapi hari ini aku melihatnya.Tidak sampai 20 hari aku di sini,aku dapat melihat sesuatu yang luar biasa bagi aku.Aku bertanya kepada kawan aku,biar betul perempuan di sini merokok.Kawan aku menjawab standard la.Oh standard rupanya remaja perempuan di sini merokok.Mana hilangnya sikap lemah-lembut golongan ini(perempuan merokok)?Hairan ya di bandar semua kemudahan ada,canggih,maju tetapi sesetengah orangnya tak maju.Di mana kurangnya?Pendidikan tak sempurna lagi mungkin?Atau kurang didikan?Memang benarlah orang kata hidup di kampung lebih baik hidup di bandar.Kenapa mereka tidak mahu menggunakan akal yang Tuhan berikan sebaiknya?Di mana akhlak kita?Di mana budi bicara kita?Di mana adat ketimuran kita?Tepuk dada tanya iman!

1 comment:

Anonymous said...

dunia oh dunia