Rokok dan Merokok!Apa Faedahnya?

Dewasa ini perokok semakin bertambah.Setiap sudut pasti ada golongan ini.
Mereka yang menyertai golongan ini pula tidak mengira umur,jantina,pangkat,status..
Apa yang mereka dapat daripada merokok?kepuasan?hilang masalah?nampak macho?
Mungkin itu jawapan mereka.Tapi bagaimana pandangan masyarakat lain.
Tidak keterlaluan dikatakan sesetengah golongan ini tidak tahu menghormati orang lain.
Dan lebih mengejutkan lagi terdapat segelintir pelajar sekolah dan wanita merokok.
Adakah ini sudah menjadi fenomena,budaya,trend masa kini?
Siapa yang bersalah?Mereka dan keluarga mereka?
Dimana silap kita.Kurang didikan agama?Kurang perhatian daripada ibubapa?
Dimana orang Melayu yang dikatakan penuh dengan adab dan adat?
Segarlah wahai bangsaku!Kenapa benda haram itu juga yang singgah di mulut.
Sudah terang lagi tersuluh ulama terkenal masa kini Dr Yusof Qaradhawi telah menfatwakan
bahawa merokok adalah HARAM disisi agama.
Merokok ibarat membunuh diri sendiri,tiada manfaatnya.
Usaha kerajaan melaksanakan kempen "tak nak" sudah baik.
Cumanya ia perlu ditambahkan lagi.Bukan tak nak merokok tapi haram merokok!
Ayuh semua..
buka hati,buka minda dan fikir-fikirkanlah..
Tepuk dada tanya iman.
Dimana budi bicara kita.
p/s : daripada beli rokok baik makan ais-krim lagi sedap ^_^

rujukan untuk anda

No comments: