Kaspersky Key

sams streamyx sams steamyx sams vendor tm sams vendorcenter sams vendorcenter

Mari Belajar 5S




Pembangunan modal insan diletakkan sebagai salah satu teras utama dalam perlaksanaan rancangan malaysia kesembilandan diberi penekanan khusus dalam teras kedua misi nasional iaitu meningkatkan keupayaan dan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.Ini termasuk tumpuan khusus kepada bidang latihan teknikal dalam memastikan bakal pekerja adalah berketrampilan, berdaya saing, kebolehkerjaan dan kreatif.


Apa Itu Amalan 5S
•5s ialah lima perkataan jepun iaitu seiri, seiton, seisou, seiketsu dan shitsuke.
•amalan untuk wujudkan tempat kerja, persekitaran lebih produktif.
•memastikan mesin dan alat kelengkapan bersih, berfungsi dengan cekap tanpa masalah.
•membina budaya kerja yang sistematik, positif, dinamik dan kreatif.
•meliputi pengetahuan teknikal, praktikal dan logik untuk menghasilkan penambahbaikkan.


Kenapa 5S
•Mudah dicapai oleh organisasi samada bersaiz besar, sederhana atau kecil.
•Boleh diamalkan oleh semua organisasi samada pengilangan, perkhidmatan atau perniagaan.
•Falsafahnya mudah difahami oleh masyarakat dan tidak memerlukan pemahaman istilah yang susah.
•Semua orang cintakan kebersihan,keselesaan dan kekemasan.

SEIRI
Mengasingkan barangan yang diperlukan dan yang tidak diperlukan.Barangan yang tidak diperlukan hendaklah dibuang.Barangan yang diperlukan hendaklah disimpan berdasarkan bilangan yang diperlukan sahaja.

SEITON
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil bila diperlukan dan dikembalikan ke tempat asalnya

SEISOU
Bersihkan tempat kerja,persekitaran dengan rapi sehingga tiada habuk dan kotoran dilantai, mesin dan peralatan.

SEIKETSU
Sentiasa memelihara standard/taraf penjagaan kebersihan dan pengelolaan tempat kerja sepanjang masa serta mengamalkan sistem SEIRI-SEITON-SEISOU dengan berkesan.

SHITSUKE
Sentiasa mematuhi peraturan penjagaan kebersihan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.

Renungkanlah