Destinasi Kami

makcik siti pergi ke pekan
pergi ke pekan menjamu selera
salam sejahtera diucapkan
sebagai tanda pembuka bicara

Hmm..sudah lama tak menulis.maklumlah sebelum ni sibuk dengan final year project.
Siapkan proposal, portfolia, report & macam2 lagi.
Alhamdulillah semuanya dah selesai.Pada tarikh 18 Jun 2009, maka tamatlah pengajian Diploma saya.Yahooo...Merdeka...Kemana Arah Kita selepas ni?tepuk dada tanya iman.
Setiap dari kita ada langkah masing2.
Suka duka selama 3 tahun di Adtec Kulim pasti tersemat dihati ni.
Daripada pelajar skema menjadi pelajar gila2.Daripada junior menjadi senior.
Andai dicoret kenangan di Adtec Kulim pasti sampai esok tak habis.

Pertemuan mengundang PERSAHABATAN.
PERSAHABATAN mengikat KEJAYAAN.

Hidup ini tak lari daripada melakukan kesilapan.
Dari kesilapan itu kita akan belajar sesuatu yang baru.

Kepada semua kawan2..GOOD LUCK..
Teruskan perjuangan kita mencipta kejayaan.
Kita berusaha hingga ke titisan darah terakhir.
Kerana esok belum tentu milik kita!

No comments: