Kepalsuan Fadhilat Solat Sunat Terawikh

Ramai lagi yang tidak mengetahui..
Sebenarnya kelebihan dan fadhilat solat sunat tarawikh adalah perkara yang direka-reka atau diada-adakan. Hadis ini tidak pernah wujud

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali RA yang sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:

Diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat:
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh:
Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

Malam Kesembilan:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Perkara ini adalah tidak benar. kita tidak boleh berpegang dengannya.

ok ni video daripada blogger joegrimjow tentang kepalsuan fadhilat solat sunat tarawikh
dari jais pun ada