Kepercayaan Karut Masyarakat Melayu


apa itu adat?
adat = kebiasaan

"eh betul awak nak kahwin bulan depan?bukan kakak awak tak kahwin lagi?
ORANG TUA-TUA KATA, adik tak boleh kahwin dulu dari kakak, nanti jodoh tak panjang"

Sudah diketahui, bangsa kita kaya dengan adat.
Daripada mana adat ini datang?
Sudah tentu dari zaman nenek moyang kita yang dipengaruhi pelbagai unsur,
dimana pada zaman itu juga ustazah yang mengajar tidak memakai tudung.

Pelbagai adat nenek moyang kita dibawa hingga ke hari ini, kita mewarisinya.
Namun yang menjadi masalah adalah adat yang bercanggah dengan Islam dan mempunyai unsur karut-marut.
Tidak hairanlah sehingga ada segelintir masyarakat yang silap menilai dimana mereka menyamakan adat dan ibadat.
Cara penilaian ini haruslah diubah.
Ini kerana adat dan ibadat adalah dua perkara yang berbeza.

Antara adat/kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu.

1. tangkal azimat
2. adik tidak boleh berkahwin sebelum abang atau kakak(langkah bendul)
3. mandi buang sial, mandi safar
4. mempercayai tangkap gambar 3 orang tidak boleh.nanti boleh mati
5. jika dapat isteri tinggi daripada suami, murah rezeki
6. tepung tawar
7. anak dara tidak boleh menyanyi di dapur nanti dapat suami tua
8. persandingan, pelamin
9. orang yang berkhatan tak boleh jalan luar rumah
10. jika ada biawak melintas, maknanya ada perkara buruk akan berlaku
11. malam 7 likur


Wahai bangsaku, jangan jumud lagi.lupa dan tinggakanlah kepercayaan karut ini.
Tunjukkan menteliti kita adalah menteliti kelas pertama, bukan menteliti kelas ke-3.
Pamerkan cara berfikir yang bijak dan kreatif, bukan bodoh.
Buktikan bahawa kita adalah bangsa yang segar, bukan layu.
Bangkitlah bangsaku!Jangan "melayu" lagi.

Mempercayai kepercayaan karut ini hanyalah menunjukkan "nilai ketidakcerdikan" pada diri seseorang.
seharusnya sebagai negara maju, penduduknya mampu berfikir secara bijak, kreatif, matang dan luas.
luaskan cara berfikir kita.jangan berfikiran sempit lagi.
kita adalah manusia yang bertamadun.

buka hati, buka minda fikir-fikirkanlah.
anda mampu mengubahnya

2 comments:

~najihahfaizahazaman~ said...

a`a. tapi org dulu2 wat supaya kita sentiasa bjaga2 dlm hidup. suh disiplin kan diri antaranya. tuh hikmah antaranya kenapa dorang percaya pantang larang bagai tu.

tapi kalau nak adaptasi dlm idop zaman skrg. Allahu`alam. ikut syariat Islam lg baek, kan? islam itu syumul. ;)

arfandi said...

yaaa setuju