Azam Yang Suci

Siapa pernah dengar lagu ni angkat tangan?
Ingat lagi,lagu ni dinyanyikan masa zaman sekolah rendah dulu.
Lagu yang diubahsuai daripada lagu Suci Dalam Debu.
Liriknya ditukar.


AZAM YANG SUCI

Tersedarku dari lamunan
Sejarah pahit kulupakan
Ku semaikan benih-benih harapan
Bersama sejuta impian

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segala ketabahan
Berikanlah ku kekuatan dan keimanan

Kumengharapkan kejayaan
Menanti dihadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha

Suatu hari nanti
Pasti aku berjaya
Akan aku buktikan
Padamu ayahbonda

Disitu kita lihat, kebenaran hakikat
Impian jadi nyata, kata telah dikota
Bukan khayalan dan bukan lakonan
Tapi inilah kenyataan

Kerana cita diiringi doa
Pasti aku akan berjaya

1 comment:

Anonymous said...

kat mana nak cari lagu ni...
tringin nak dengar..
dah lama x dgr lagu ni..