Nostalgia Aidilfitri





klik pada gambar untuk besarkan resolution

Bila story tentang hari raya memang banyak.
Baju raya,kuih raya,duit raya,lagu raya,kenangan di hari raya...
Pastu pelbagai soalan la tentang raya ni ditanya.
Dah beli ke baju raya?
Kuih raya buat ke beli?
Nak beraya mana tahun ni?
Apa pun Wan tak boring jawab soalan ni.
Boleh tahan juga aku.Ramai member take care.[eh prasan plak]

Menjawab persoalan dah beli ke baju raya?
Inilah soalan yang pasti akan ditanya oleh kawan2.
Hmm..pasal baju raya ni,Wan akan buat bila ada kain langsir mak yang lebih.
Kain tu la yang diambil buat baju raya..haha takda la.
Sekarang dah tak fikir pasal baju raya (baju Melayu).
2 tahun atau 3 tahun sekali ja akan tukar.
Raya tahun ni pakai baju raya tahun lepas ja.
Lagipun dah besarkan.
Lain la budak-budak kan.Sebut pasal baju raya mesti lompat keriangan.
Ditambah lagi baju raya bukan setakat baju Melayu, termasuk juga t-shirt,seluar..

Hmm..kalau perempuan faham2 je la kan.
Tiap kali raya mesti ada baju baru.
Bila Wan tanya kaum hawa ni tak pernah yang kata "tak beli"
Kenkadang tu dekat 10 pasang.
Buang tebiat apa baju raya sampai 10 pasang.
Tidak menjadi masalah..Lagipun kan sunat memakai pakaian yang cantik pada hari raya.
Tapi jangan sampai tahap membazir..Tak baik tau.


Kuih Raya?
Kuih raya, kuih raya tunjuk ja.
Sebenarnya tak suka sangat kuih raya ni.
Wan lebih suka KETUPAT daripada kuih raya.
Sedapnya KETUPAT cicah dengan rendang.
Makan ketupat pandai, buat ketupat fail.

Duit Raya pula?
Perlu sediakan sikit untuk anak buah.Tak la banyak sangat.
Tak banyak pun terbang juga duit Wan.wa...
Balik-balik kita plak tak dapat duit raya.Nangis la macam ni.
Tolak tambah darab bahagi lari budget.

oklah...
Kepada yang nak balik kampung..berhati-hati di jalan raya.
Ingatlah orang tersayang, atuk nenek dikampung.
ooo...balik kampung... :)

No comments: