Good Bye Vista Welcome Se7eN


Sepertimana yang ramai orang tahu, Microsoft Corp. telah mengumumkan bahawa Windows 7 akan officially dilancarkan
pada 22 Oktober 2009. Mungkin ramai juga yg telah mencuba versi betanya Win7 RTM.
Ramai yg menganggap Win7 jauh lebih baik dari Vista yang sentiasa dikritik sejak dari pelancarannya 2 tahun lepas.
Malah ada yg mengganggap Vista adalah produk Microsoft yg gagal dipasaran.

Seperti Vista, Win7 juga akan keluar dalam 6 versi berbeza. Jadi yang mana satu dapat memenuhi keperluan kita?

* Windows 7 Starter
* Windows 7 Home Basic
* Windows 7 Home Premium
* Windows 7 Professional
* Windows 7 Enterprise
* Windows 7 Ultimate


Dibawah adalah kelebihan dan kekurangan yg tersedia didalam setiap edisi Win7:


Windows 7 Starter

Pasaran:
Versi OEM untuk pengeluar komputer tetapi lebih tertumpu kepada pasaran laptop mini atau netbook
Ciri-ciri:
Menyediakan ciri-ciri paling asas bagi Win7 memandangkan keupayaan netbook yg rendah dan kegunaan yg terhad.
Kekurangan:
Banyak ciri-ciri OS moden seperti Aeroglass desktop theme, multi-monitor support, multi-touch, Windows Media Centre, DVD playback tiada termasuk tidak boleh menukar wallpaper. Tiada versi 64bit.



Windows 7 Home Basic

Pasaran:
Versi ini hanya terdapat dipasaran negara membangun seperti Brazil, China, India, Indonesia, Mexico, Pakistan, Philippines, Thailand dan lain-lain. Dimana Microsoft boleh meletakkan harga lebih kompetetif.
Ciri-ciri:
Mempunyai ciri-ciri seperti starter edition dengan tambahan ciri Desktop Windows Manager, Fast User Switching, Internet Connection Sharing, Live Taskbar Previews, Windows Mobility Center dan boleh menukar wallpaper. Mempunyai versi 64bit.
Kekurangan:
Tiada ciri-ciri Aeroglass Theme, Aero Navigation Window, Multi-touch, Windows Media Centre,
DVD playback dan WinXP Virtual PC Mode.



Windows 7 Home Premium

Pasaran:
Versi untuk terdapat untuk OEM pengeluar komputer dan pasaran utama pengguna biasa.
Ciri-ciri:
Mempunyai ciri-ciri Home Basic dengan tambahan seperti Aero Desktop Theme, Desktop Window Manager, DVD Playback, IIS Web Server, Live Explorer Previews, Multi-touch support. Mempunyai versi 64bit.
Kekurangan:
Tidak banyak kekurangan kecuali WinXP Mode, Windows Server, Remote Desktop dan Encrypting File System.




Windows 7 Profesional

Pasaran:
Versi ini untuk pasaran OEM, Perusahaan Kecil (Small Business User).
Ciri-ciri:
Mempunyai ciri-ciri Home Premium dengan tambahan ciri-ciri Windows Server domain, Remote Desktop server, location aware printing, Encrypting File System, Presentation Mode dan WinXP Mode. Mempunyai versi 64bit.
Kekurangan:
Tiada ciri-ciri Applocker, BitLocker, UNIX Based Applications Subsystem, Multilingual User Interface.



Windows 7 Enterprise

Pasaran:
Versi interprise adalah untuk syarikat yg memegang lesen pukal melalui Software Assurance dengan Microsoft Corp.
Ciri-ciri:
Mempunyai semua ciri-ciri Win7 termasuk Applocker, BitLocker, UNIX Based Applications Subsystem, Multilingual User Interface. Mempunyai versi 64bit.



Windows 7 Ultimate

Pasaran:
Versi ini menyerupai versi Enterprise tetapi tertumpu kepada Single License Home User.
Ciri-ciri:
Mempunyai semua ciri-ciri Win7 termasuk Applocker, BitLocker, UNIX Based Applications Subsystem, Multilingual User Interface.
Mempunyai versi 64bit

1 comment:

Annamir said...

Salam buat Syazwan... memang best guna Win7 ni, kalau ada peluang nak gunakannya, mmg ia yg terbaik setakat ini =)