Harapan Menjadi Kenyataan

Kemarau 20 tahun pingat emas berakhir

Alhamdulillah..
Negara kita berjaya melakarkan kenangan manis pada 17 Disember 2009 jam 8 malam waktu Malaysia dengan dinobatkan
sebagai juara bolasepak sukan sea kali ke 25 di Laos.
Sekaligus menamatkan penantian selama 20 tahun untuk
membawa pulang pingat emas ke tanah air.
Pastinya kejayaan ini dirasai oleh rakyat Malaysia.
Kejayaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2 sehingga ada yang menitiskan air mata.
Itulah hakikatnya.


Dimana mulanya momentum pasukan bolasepak negara ?

Perbualan atau perbincangan hangat bolasepak negara bermula
apabila Malaysia menumpaskan Thailand
dan seterusnya layak ke separuh akhir.
Sekian lama pasukan negara tidak menang dengan pasukan thailand,
akhirnya pentas sukan sea ini menjadi
saksi pasukan negara menewaskan thailand.
Kemenangan ini juga telah menjatuhkan ego thailand.
Ini adalah kali pertama Thailand tidak layak ke separuh akhir sejak 36 tahun.
Kejayaan menewaskan thailand juga sedikit sebanyak telah menutup mulut pengkritik panas bolasepak negara.

Pada peringkat separuh akhir Malaysia bertemu dengan pasukan tuan rumah.
Dengan usaha dan keyakinan yang tinggi pasukan negara
menewaskan laos dengan jaringan 3 - 1.
Kejayaan menumpaskan Laos juga telah melakarkan sejarah,
dimana pasukan negara layak ke final
setelah 8 tahun tidak memijak rumput final.

Klimaks kepada pasukan bolasepak negara adalah apabila
beraksi di pentas akhir bertemu vietnam.
Apa yang hendak dikata lagi???
semuanya telah terjawab.

Tahniah, Syabas pasukan bolasepak negara.
Kejayaan ini adalah hadiah untuk kita sebagai rakyat Malaysia.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Kita yang terbaik.

1 comment:

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak