Merah Darah Kami




Penantian 8 tahun pasukan bolasepak Malaysia untuk beraksi dipentas final Sukan Sea berakhir!
Ini terbukti apabila pasukan bolasepak kita berjaya menumpaskan tuan rumah(Laos) dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan yang mendebarkan dan penuh dramatik..
Apa yang membanggakan lagi adalah pasukan kita berjaya menghasilkan
permainan yang cantik dan berkualiti.
Kita dapat lihat pada separuh masa pertama,Malaysia menguasai permainan dengan baik.
Kita menyerang kubu lawan beberapa kali dan seterusnya berjaya menghasilkan jaringan.

Rentak separuh masa kedua berubah apabila pasukan Laos banyak mengasak dan menyerang Malaysia.
Serangan bertubi-tubi itu berjaya menghasilkan gol yang dicari-cari mereka.
Namun selepas gol penyamaan itu Malaysia dapat mengimbangi semula perlawanan.
Malaysia dapat menterjemahkan dengan baik setiap peluang yang ada.
Hasilnya 2 jaringan yang bermakna menjadi milik kita..
Episod ceria dan gembira menjadikan kenyataan bagi pasukan dan penyokong bolasepak negara
apabila pengadil meniupkan wisel penamat.

Malaysia akan menentang vietnam di pentas akhir pada 17 Disember 2009.

Ahmad Syazwan melaporkan untuk Utusan k.a.k

MALAYSIA BOLEH.MALAYSIA THE BEST.
Kibarkan Jalur Gemilang kita.
Merah Darah Kami!

p/s - rasa macam nak tempah flight ja p Laos.

No comments: