17 Ogo 2009

Perlis benarkan wanita kahwin tanpa wali

KANGAR 16 Sept. Wanita di Perlis yang tidak mendapat persetujuan wali untuk berkahwin masih boleh meneruskan hasrat mereka apabila kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2007. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, enakmen itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis pada 11 September lepas. Dengan pindaan itu, Hakim Syariah diberi kuasa membuat keputusan terhadap kes-kes yang wali tidak bersetuju untuk membenarkan perkahwinan itu. Pindaan itu yang memasukkan perenggan baru selepas perkara 13(b) menyebut: dengan syarat bahawa dalam hal di mana wali yang telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie, Hakim Syariah boleh, selepas berpuas hati dan difikirkan patut, memberikan persetujuannya jika penyiasatan itu telah tertangguh sebanyak dua kali. Pindaan itu bertujuan memudahkan pasangan yang hendak berkahwin setelah menghadapi kesukaran mendapat persetujuan wali pasangan perempuan, katanya di sini hari ini. Dari segi hukum, benar kita perlukan wali, tetapi jika wali enggan menikahkan tanpa sebab yang jelas, mahkamah boleh memberi kuasa kepada wali hakim untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin. Abu Bakar seperti dipetik oleh Bernama berkata, di bawah pindaan enakmen tersebut, Hakim Syariah berhak memanggil wali pasangan perempuan yang hendak berkahwin bagi membolehkan siasatan dilakukan tetapi jika dua kali wali terbabit tidak hadir selepas dipanggil oleh mahkamah, Hakim Syariah diberi hak meneruskan perkahwinan pasangan berkenaan setelah beliau berpuas hati dan perkahwinan itu difikirkan patut. Islam sendiri menggalakkan umatnya berkahwin dan mendirikan rumah tangga untuk mengembangkan zuriat, justeru adalah tidak wajar mana-mana wali cuba menghalang perkahwinan seseorang pasangan perempuan tanpa sebab munasabah hingga boleh menimbulkan implikasi lebih buruk kepada pasangan terbabit. Kita tidak mahu disebabkan wali enggan mengahwinkan sesuatu pasangan menyebabkan pasangan berkenaan terus menghadapi tekanan hidup dan lebih membimbangkan lagi kemungkinan mereka akan tersilap langkah hingga boleh membawa kepada kemaksiatan dan penzinaan,?katanya. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin pula ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, langkah kerajaan negeri Perlis memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah itu dibuat bagi memudahkan perkahwinan. Kita kena ambil kira soal ruang untuk melakukan maksiat sekarang sangat mudah, maka tidak wajar kita menyusahkan perkahwinan itu. Dari segi hukum, benar kita perlukan wali, tetapi jika wali enggan menikahkan tanpa sebab yang jelas, mahkamah boleh memberi kuasa kepada wali hakim untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin,katanya.

7 Ogo 2009

SoalJawab Agama

1. Salam,
Apa maksud Allah Azza Wa Jalla?

Waalaikumussalam.
Maksudnya: Yang Maha Perkasa dan Maha Agung

2. tuan,
apakah maksud Allah s.w.t?
s.w.t tu maknanya ape?

Salam
Maksudnya ialah “Subhanahu wa ta’ala”
dalam bahasa melayu : Maha Suci Allah dan Maha Tinggi
WA

sumber