HIDUP BERANI UNTUK GAGAL




hidup berani untuk gagal..hidup berani untuk gagal
hidup berani untuk gagal

"Langit Tak Selalu Cerah"

Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang.Namun kegagalan datang jua.
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah.Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan gagal itu datang.
Namun...
Gagal bukan bererti kalah.
Gagal bukan bererti gagal selamanya.
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita.
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.


Peredaran zaman terus kehadapan.
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat.
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan.
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Derita merindu itu terkadang dapat dirasai.
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik.
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis.
Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan.
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya.
Sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa.
Namun gagal itulah momentum kepada kejayaan.


"Jerat tak pernah lupakan pelanduk"

Setiap dari kita mahu menjadi baik diantara yang terbaik.
Tapi bagaimana mahu menjadi baik diantara yang terbaik?
Bolehkah sekadar usaha?
Terkadang kita lupa.
Disebalik usaha yang dilakukan kita tidak selitkan sesuatu yang amat penting.
Apa yang penting itu?
Ya itulah doa dan tawakkal(berserah kepada Allah selepas berusaha)
Inilah kunci kejayaan kita.
Allah Maha Mengetahui,Maha Besar,Maha Pemurah
Sesuatu itu tidak akan terjadi dengan izinNya.


Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Melain yang beriman dan beramal soleh.
Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Biarlah kesilapan hari ini menjadi pengajaran kepada kita buat selamanya.
Congaklah apa yang dihadapan kita dengan baik.
Kegagalan sebelum kejayaan adalah manis.
Bukan senang nak senang.
Hidup mesti berani untuk gagal!


Terima Kasih kepada denaihati yang menganjurkan contest Hidup Berani Untuk Gagal.
Cabaran disahut.
Kecil tapak tangan lautan luas aku tadahkan.

Tak lupa ucapan Terima Kasih kepada sponser-sponser contest hidup berani untuk gagal
DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare

Tertarik dengan contest hidup berani untuk gagal selepas baca kat blog mohdisa.

Bersama-sama kita meriahkan komuniti blogger Malaysia.
Hidup Berani Untuk Gagal
Life is SweeT

7 comments:

denaihati said...

Tahniah join contest. Link ini telah disenaraikan di denaihati.com

Wan perlis said...

Terima Kasih denaihati..
percubaan yang tak seberapa sebenarnya ni.

joegrimjow said...

ada lagi ni

Pisyek said...

org minta komen, kite komen lah... hehe...

bagus2, gagal skali boleh cuba lagi...

=)

Anonymous said...

huhu..contest contest contest da

naz said...

pandai ko menulis, gud luck ye :)

Wan Perlis said...

Thanks aenaz comment my entri.
good luck too.
kompem la hang menang.