Segelintir Bebudak Myspace Yang tut




Aku rasa terpanggil untuk menulis entri kali ni,berkaitan bebudak myspace.
Myspace masih lagi menjadi pilihan sesetengah orang, Walaupun hakikatnya
myspace jauh ketinggalan berbanding facebook.
Perkara yang aku nak sentuh pasal bebudak myspace ni adalah KURANG KECERDIKKAN bila menggunakan myspace.
Kurang kecerdikkan macam mana?


1. Upload gambar seksi
Korang sendiri sedia maklum tentang ni.
Golongan awek2 ni senang-senang je upload gambar seksi.
Dedah sana ketat sini.fuhhh seksa tu.
Kalau mak ayah mereka tahu menggunakan myspace dan nampak gambar anak mereka macam tu mesti terkejut.
Dimana nilai seorang wanita?
Mustahil tak pernah terfikir kan.Jangan gadaikan maruah.
Tak kurang jugak post gambar gedik-gedik santai dan isyarat lucah.
Apa kejadahnya ni?


2. Kasi no telefon
Ini satu hal.Kenal tak sampai 3 hari dah kasi no telefon.
Kononnya nak berkenalan dengan lebih dekat.
Pastu boleh mms gambar.
oh senang-senang je kan?
Dah kenal buat temujanji,bila jumpa korang di apa-apakan.
Siapa yang susah?Siapa nak jawab?
Korang percaya sangat dengan lelaki yang kenal dalam dunia siber ni.
Silap-silap buaya besar dan bapak ayam.


3. Group gay,lesbian...
Aku tak tahu pasal ni.
Tapi kawan aku cakap memang ada bebudak Melayu kita join.
?????
Ni dah tahap dahsyat.
Kita mohon supaya golongan ni kembali ke pangkal jalan.
Jangan sia-siakan hidup.

Banyak lagi sebenarya unsur-unsur negatif dalam myspace.
Namun myspace tidak bersalah.Manusia yang membuatkan myspace bersalah.
Setuju tak?

Teknologi ada baik buruknya.Jadilah seorang pengguna internet yang bijak.
Banyak ruang berilmiah dalam internet.
Kita mampu menilainya.

26 comments:

Roslan said...

aku xdak myspace huhu

~ yus ~ said...

betol tu.. memang byk negatif myspace nya.. sbb tu saya dah tak aktif myspace.. mrepek jer lebey.. grup gay and lesbo tu memang wujud.. melayu (islam ke tak, wallahualam) la tu yg wujudkan.. ciss.. memalukan! :-/

Azrul Hisham said...

bukan sahaja myspace, kalau bro tenggok kat tagged.com pun lebih kurang sama je.....

merahitujambu said...

budak2 sekrang..x pkr joh..minta di johkan berlaku menda x baik pada keluarga ku n semua umat islam..ameen..

rentan said...

budak2 skg suke expose diri.. bila kne puji skit mulalah mendabik dada... masing2 nak tunjuk sape hebat... keluarlah gambar dedah sana sini... insaflah...masa mude sekali je... jgn gelapkan masa depan korg .. byk lg bnde leh buat

miamiawbby said...

ermmm..anak2 zaman skrang
xtaw nk ckp ape..

Lyn said...

booo to myspace

sYeNgEt ke senget?? said...

myspace now is just like "self-obses camwhoring studio" sebok je nk suruh "komen my pic, hit me back" jadahnye lah.. sbb itu dah lama ku delete sahaja myspace.. hoho

ajim said...

aku dah delete sume laman 'sosial' aku.. huhu.

cikgu isza said...

x pernah buka pun benda ni, ble dengar camni lg xnak, tp kadang2 kene tau gak, supaya leh kenal anak remaja zaman sekarang

Cik Peanut said...

peanut dah lam dah tak bukak mespes..malas..hehhehe...betul2...peanut kalau lelaki kacak sikit...bukak baju..then ramai je lelaki yang kumen2..

cybernetic88 said...

hoho. mmng hbs sdp la kalu dpt hack ni. bnyk dah budak2 myspace yg ske tnjuk seksi2 aku hack. haha. pdn mke. kng aku rajin aku wt entri satu pasl budak yg aku hack. mmng bngng!. aku ske la dorng tu. haha. seksi lagi ye. nsb korng la kene ngn aku. peace! =)

Kujie said...

gambar style myspace pun dah banyak merebak kat blog...

Hamiza said...

salam..

Entry yg bagus..anak2 muda zmn skrg mmg selalu x igt mak bapak..nk buat sesuatu perkara tu x pernah nk fikir perasaan org..emmm

seb baik sy x der my space..x yh la nk tgok mender2 ni..tp betul la skrg ni dh merebak kt blog plk..huhu

Semoga sy dilindungi dr perkara2 seperti tu..

wallahualam..

Wan Perlis said...

@Roslan
bagus tu

@yus
memg memalukan
minta simpang

@azrul
betul tu.tagged pun ada.
dah mula merebak.fb xtau la

@merah itu jambu
kenkadang mereka ni tak fikir masa depan.
macam tu la jadinya

@rentan
bajet lawa sebenarnya.hampeh.

@miamiawbby
dunia oh dunia
akhir zaman

@lyn
booo to myspace too

@sYeNgEt ke senget
myspace byk sampah

@ajim
lebih baik blogging.hehe

@cikgu isza
mereka perlu ditarbiyah

@Cik Peanut
tak boleh blah lelaki bukak baju tunjuk body.
pompuan lagi la

@cybernetic88
bangang tahap aku pun aku tak mau mereka ni.
aku nak belajar hack gak.

@kujie
harap blogger jaga nama baik

@hamiza
anak muda zaman skrg terlalu ikut emosi.

Thanks To All Comment :)

aishah_conteng_je said...

salam..
tapi..
tak perlu kot letak gambar gadis2 ni kat blog kamu.
dah minta izin?

Wan Perlis said...

@aishah
terima kasih dgn teguran.
memg pk 2 kali.

nurain rodze said...

hahahha .

jumpa punn tempat komen .

deusXmachina® said...

haaaaaaa
dapat pun komen
erk888

kekadang menyampah gak tengok budak-budak myspace ni
dengan pic yang entah apa-apa

tapi aku suka gak myspace
suka sebab banyak band-band akan promot lagu dorang kat myspace
myspace banyak support band-band baru nak naik

juz my views

Wan Perlis said...

@Nurain rodze
ramai org tanya blog ni,camna nak comment.
rajin2 la singgah ye.

@deusXmachina®
pic nak jual diri.wohha
yup band2 indie byk kat myspace

aishah_conteng_je said...

bukan teguran pun..tanya je. kalau aishah kat ttempat diorang mesti tak suka org amik pic ni. heheh

Wan Perlis said...

@aishah_conteng_je
akan dimaklum kpd tuan pic ni.
nak tgk respon dia

mohdisa said...

hoho, tahu takpa. bila ada kes rogol, kena kaco tau plak nak mengadu. bodoh betul awek2 zaman skg ni. :P

no more myspace!

Wan Perlis said...

@Mohdisa
kena tukar statment mohdisa
segelintir awek2 zaman sekarang b****
nnt kang ada yg terasa.hehe

denaihati said...

Mereka fikir ALLAH tak melihat MySpace kot. Inilah akibat kita tidak dikenalkan dengan ALLAH sejak kecil lagi.

Wan Perlis said...

@denaihati
setuju sgt2