Siapa Blogger




Apakah definasi blogger?
Adakah seseorang yang memiliki blogspot atau wordpress layak digelar blogger.
Adakah blog yang dikunjungi 20 orang sehari dan tidak menerima komen boleh bergelar blogger.
Apa pendapat kalian?

ini hanya pendapat aku.
Blogger terbahagi kepada 2 iaitu profesional blogger dan blogger biasa.
Profesional blogger adalah individu yang blog mereka dikenali ramai atau popular.
dengan kata lain blog mereka
dikunjungi ramai,mendapat komen yang banyak,page rank yang tinggi dan kekuatan isi kandungan blog.
Ini kita dapat lihat seperti blog chedet, drmaza, saifulislam, justkhai, aenaz dan lain2.
Profesional blogger tidak semestinya mempunyai domain dot com, dot net dan dot org.
Dengan hanya menggunakan free blog seperti blogspot seseorang boleh bergelar profesional blogger.
Contohnya seperti KeretaMayat.

Blogger biasa adalah mereka yang tidak serius dalam menulis blog.
Sekadar suka-suka atau hobi.atau sekadar mengisi masa lapang.
kita melihat orang lain ada blog.kita pun nak ada blog jugak. (aku la ni)


Blogger memerlukan bakat menulis?
Ini mungkin salah satu kreterianya.
Seorang blogger harus pandai bermain kata-kata untuk menarik minat pembaca.
Gaya bahasa atau susunan ayat mestilah baik supaya pembaca selesa dan santai membacanya.
Dan yang lebih penting lagi adalah isi kandungan blog.
Apa yang ingin disampaikan.
Seorang blogger yang baik adalah pembacanya akan tertunggu-tunggu entri seterusnya.


Blogger orang yang sombong?
Tidak dapat dinafikan terdapat segelintir blogger seperti ini.
Mereka berasa bangga mendapat status blogger.
Status yang diberikan oleh masyarakat atau kawan-kawan.
Hakikatnya ini bergantung kepada sikap,hatibudi dan jatidiri seseorang individu.
Tepuk dada tanya diri sendiri.

9 comments:

boy_bersahaje said...

Professional blogger adalah blogger yang kerjayanya hanyalah blogger sahaja. Mereka menjana pendapatan dari blog. Itulah yang dinamakan professional blogger. Bukan di ukur melalui traffic dan komen. Blog yang mendapat sambutan dengan hitz yang tinggi adalah kerana cara penulisan dan penyampaian penulisanya. Johnchow.com, problogger.net itu adalah pro blogger atau professional blogger. Profession nya adalah kepada blogger sahaja dan gajinya di jana dari blogs yang ada. Ada blogger yang menukis secara sampingan tetapi bekerja sebagai kerani dan ada blogger yang masih study dan mempunyai blog yang mencapai hitz yang tak masuk akal. Profeesional bukanlah bermakna blog dia bagus, tetapi professional adalah kerjaya.
Mengenai medium untuk blogging, tu semua terpulang pada individu.Tetapi, bagi aku, sangat tidak professional sebuah company yang besar atau sebuah company yang menawarkan servis pada peringkat world-wide menggunakan medium percuma seperti blogspot dan wordpress Ambil contoh, Maxis. Kenapa tidak menggunakan sahaja maxis.blogpspot.com?

zaza said...

erk?? sah2 aku blogger biasa je...that's y jrg ade org komen...ayat pun lintang pukang, tonggang tbalik...huhu

TheBest said...

bukan senang nak jdi blogger

Jard The Great said...

oh........... boleh komen rupanya.. ehehe

Wan Perlis said...

thanks reza for comment and correction.
jadi mungkin blogger boleh terbahagi kepada 3.
profesional blogger,popular blogger dan normal blogger.

Azlin197 said...

Good Job .... sy pun tertanya2 macam mana watak mandiri seorang blogger !! for me, just buat blog utk hobi, sharing dgn member , dan tambah kenalan ....but ... pengisian dalam blog memang penting ... bukan sekadar menulis kan!!!

Wan Perlis said...

@azlin197
lebih baik bloging dr myspace..booo to myspace.
setuju,pengisian dalam blog adalah yang pertama untuk difikirkan.

norashikin rahmat said...

hmm..blog saya biasa2 aje. blog saye memang tak dapat dikesan kalo cari kat search engine sbb sy buat setting begitu, tapi kdg2 for certain entry yang berat, kalo takdek org komen sy takut slh aje..

Wan Perlis said...

jgn takut ber blog.kita sampaikan pendapat kita

Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...