Artis Kita Semakin Bangang - suam-suam kuku


Tatkala aku boring tahap cipan tertelan basikal
beruang kutub kepanasan di gunung everest
idea nak menulis tak masuk ibarat mentel kena blok
tangan plak terasa ringan macam nak lempang rosaknah matt aris
bilik tidoq wangi mengalahkan pontianak harum sundal malam,
boleh disinominkan jugak dengan kilang perfume tertumpah


Dikala itu juga kelip-kelip terbang mencari bateri
sang rembulan kian pudar dimamah masa
jam didinding menunjukkan 3 suku pagi
disaat sang manusia dibuai mimpi indah,
melakar peta baru dalam sejarah
ditambah lagi dengan irama yang cukup merdu
bak rozita che wan mendendangkan lagu untukku (meet auntie kiah)


Disaat tekak terasa loya
mengidam kambing masak kicap mengalahkan ibu mengandung
dahagakan jus cinta seminggu tak minum
pala otak bebas seperti berada diawang-awangan
seperti juga berada di pandang rumput yang luas
yang kelihatan rumput hijau yang segar dan langit biru(dapat bayangkan x?)
mencari ilham tak sampai-sampai


Di penghujung sana, sudut yang kurang bercahaya
lampu minyak tanah juga tidak digunakan
berkeliaran manusia di lorong haji taib
di disko-disko berdancing tak ingat akhirat
makin lama makin menjadi-jadi
seperti tenuk kehilangan kunci kereta
minda tertanya-tanya
adakah perlu dilapor kepada aduan rakyat?
atau dihantar keretamayat?


Malam makin tua
angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut bak angin di filipina
mungkin jugak angin dari langkawi yang membawa kabar gembira
sungguh syahdu lagi menggelikan
malam yang akustik
jauh disudut pankreas, masih adakah manusia yang jujur di zaman ni
ah tipu!manusia rakus..masing-masing tamak seperti anjing dan bayang-bayang.
bagi paha nak bodi
lima kali dua, tujuh tambah tiga
sama ja
masing-masing nak tunjuk siapa hebat
nak mengalah tidak sama sekali
ego!ego tahap lembu nak makan kfc
manusia memang tak pernah puas
hati aku bermonolog lagi <--kali ni lain macam skit


Malam yang hening terus berlalu
jarum saat sedikit tidak berhenti berdetik
kini nyamuk tidak menghiraukan gajah lagi
mungkin kerana spesis yang berbeza
habitat juga berbeza
tidak dapat disamakan lagi
yang sama kedua-duanya mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal
dan kedua-duanya juga tidak melakukan proses fotosintesis
**proses fotosintesis dilakukan oleh tumbuhan dimana karbon dioksida diserap
dan oksigen dilepaskan lalu menghasilkan wap air



akhirnya....
tamatlah mukadimah yang pertama dan akan disambung ke mukadimah yang kedua.
erkkk dah kot.hahaha


Street To The Point

Baru2 ni terdengar kes artis ditangkap kerana dedah dadah
Tak abis2 minah ni..Korang tak rasa menyampah dan meluat?
Kalau ada 20 orang artis macam ni, comfirm rosak industri minyak sawit Malaysia.
Patut masuk ja pusat pemulihan akhlak.
Sedarlah sikit ni bumi Malaysia yang beriklim khatulistiwa.
Bukan kat hollywood yang ada 4 musim.
Agak2 la.Sekarang siapa yang bodoh?
Kan tak pasal2 dok hotel besi foc
Letak jawatan je la.


Media apa tunggu lagi.artis lelaki buka baju tahu nak ban.
Artis betina buka baju,berkemban + akhlak down???
Nak simpan lagi?
jangan cemarkan pemandangan di Malaysia yang indah ni.
kami taknak.


Artis layan-layan

Berlagak macam bintang tapi tak pernah bersinar.
bintang kegelapan ada kot?
Hisap rokok sepoi-sepoi bahasa lagi tu.
ceh macam bagus sangat.
Sebelum ni ada group facebook benci minah ni.
woo..boleh tahan ramai beb yang join.



Artis cuti-cuti Malaysia pakai bikini

fuhhh..cari pasai geng.
Boleh dapat angin senggugut ooo..
kot ya pun nak test bikini baru, dalam bilik dah la..bukan tempat public..
akai ada akai?
Buat malu rakyat Malaysia je.
Orang taknak mengaku sedara baru tau.nak ke macam tu?
pastu keluar statment "menceroboh hak peribadi"
Hek eleh nak defend diri la tu.
Comeonlah...muak tau dak muak.
Hak pemakaian adalah hak agama!
bukan hak peribadi kakak


Artis tak cukup kain

Golongan ni agak ramai.tak boleh bilang dengan jari.
Perkara ni dah jadi perkara biasa.macam xda apa-apa.
Antara yang terpanas macam cuaca kat Malaysia la ni..hmmm...sapa ek?
mungkin kot minah busana merah masa ajl(anugerah juara lagha)lepas.
siap dapat anugerah dari sebuah blog hiburan lagi tu.huahaha
lukenabeb


dah la
tak perlu aku ulas panjang-panjang.
korang sendiri mampu menilai yang mana baik yang mana beruk buruk

***ops bukan semua artis macam tu.ada artis baik-baik gitu & berpendidikan tinggi.

apa pendapat korang?komen jangan tak komen.

23 comments:

azizan4444 said...

bila berckp tentang artis mmg xkn habis,,gosip sane gosip cni..tp klu xde gosip xde la dunia hiburan..x bez...heheeh..ad jgk artis yg kite ley jdkan idol kot..

ps:intro mmg terbaik..hahaa

Wan Perlis said...

@Azizan
gosip ni yg nyampah sebenarnya.saja nak create.
cari publisiti murahan.
mgkn Dr Fazli blh dijadikan idol kot??
thanx2

shahrinabd said...

wah...best! susunan kata yang puitis tapi moden! Jiwang tapi rock!

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

@shahrinabd
hehe layan je la

nabilah_2908 said...

hye..slm ziarah...slm kenal... :)

wah...panjg tul intro nya...jenuh baca...pape pun nice n3...sngt kreatif..(^_^)

anies said...

intro yg pnjg tp mnarik..
haha.
smua tu knyataan yg x bole dnafikn lg..
dunia artis.
x abis2 NO KOMEN!

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

@nabilah
hye..slm ziarah..slm kenal
intro gila2 skit.hehe
thanks datang lagi :)

@anies
thanks..
booo to artis yg rendah moral

Finaz said...

akak tag Wan. Sila jawab ok hehehe...

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

@Finaz
ada idea wan jawab nnt.
xtau nak tag siapa ni.hehe

F I T said...

artis pun manusia gak..tak semua baik tak semua jahat..sekarang ni macam-macam jenis ada..adoiii

Bila Diana Danielle menyanyi. Apa pendapat korang?

Wan Perlis said...

@FIT
sepatutnya mereka menunjukkan contoh yg baik
dak ni plak nyanyi?nnt ak dgr

deus X machina said...

artis malaysia memang macam tuttttt
betul kata wardina, sorang pun tak boleh dibuat ikon
kontroversi lebih banyak dari cerita [pasal karier

hollywood walau life diorang teruk, bila tiba bab karier dorang sangat serius

deus X machina said...

wan akhirnya kak finaz menyempurnakan impian hang erk888

Wan Perlis said...

@deus x machina
yup aku pun sokong statment kak wardina
haha tag tag tag

norashikin rahmat said...

hm~
nama je artis, tak art pun~

artis sekarang takde jiwa. nak cakap pasal privacy dan maruah? haha..

Wan Perlis said...

@norashikin
artis nak tunjuk bagus je lebih.
kualiti xda pun

aku zaty said...

ayat utk intro mmg xbole bla..
huhuhu..

err artis2..
xbole nak ckp pa lagi..
mcm tu lah lumrah nye..
haih..

Wan Perlis said...

@aku zaty
layan..
sepatutnya jaga la tingkah laku kan
coz mereka diperhati

Aus said...

isk agakla..
byk kes camtu sakng..
xsedar ke diorg diperhatikan..

Wan Perlis said...

@aus
jom kita tarbiah mereka

fiezaradzi said...

tul.. bila artis lelaki, cepat jer ban.. lau artis pmpuan terdedah, lagi nak ditunjuk.. huhuu.. tah la.. agaknye tercabar kot lau artis lelaki bukak2 nih..
saya yg pompuan pun malu tgk artis2 pompuan skg.. mcm2 pesyen de.. tapi, yg nyata, tak cukup kain.. pas2 anak2 muda mula ikut..

lizz said...

my fren artis. so far dia tak ada buat kerja2 bangang. kadang2 sebabkan segelintir dr artis yg mangkuk ayun..semua dah dicop sebegitu rupa.

tapi, mau atau tak..kalau dah kata artis. terpaksa terimalah hakikat ni. kehkehekh. cume, kalau tak buat tak perlu takut. si artis yg tak berapa cerdik ni aje yg sllu buat kerja stupido. dadah lah, bogel sana sini.haiya

Wan Perlis said...

@fiezaradzi
mungkinkah dunia dah terbalik?

@lizz
sapa tu, yuna ka?
artis tak cerdik tu la yd dok buat keja stupido.
stupido term baru ek?hehe