Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan?




Seorang budak 5 tahun telah dihadiahkan pensil warna oleh ibunya.
Lalu budak itu membuka kotak pensil warna tersebut sambil berkata
"cantiknya pensil warna ni"


Kita sendiri pasti pernah menggunakan pensil warna.
Seorang budak berusia 5 tahun mampu menilai pensil warna itu cantik.
Dari perspektif dewasa, kita pasti dapat menilai pensil warna itu lebih daripada cantik.


Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan?


1. Melengkapkan Antara Satu Sama Lain
Sebuah lukisan pemandangan yang cantik memerlukan pensil warna yang universal.
Jika warna hijau tiada mana mungkin lukisan tumbuh-tumbuhan terhasil dengan segar.
Begitu juga kehidupan manusia.Kita perlu bekerjasama dalam sesuatu perkara.
Pensil warna mendidik tentang muafakat.


2. Perjalanan Setiap Hari
Bumi Tuhan ciptakan ini sangat luas.
Kita bebas melangkah kemana-mana.
Didalam sebuah kotak pensil warna,terdapat pelbagai warna.
Warna-warna inilah yang mencorak kehidupan.faham tak?


3. Fitrah Kehidupan
Mungkin ada yang boleh nampak dalam pensil warna
Ada susah ada senang, ada bahagia ada derita, ada suka ada duka.
Tidakkah kita terfikir?
Kehidupan tidak seperti filem Kala Bulan Mengambang.


4. Membentuk Peribadi atau Jati Diri
Seseorang telah menetapkan bahawa biru adalah warna kesukaannya.
Kerana biru itu luas, seperti luasnya lautan dan indahnya dada langit.
Tenang, selesa dan bebas..


5. Komuniti Yang Besar
Pensil warna melambangkan kehidupan kita.
Kehidupan yang pelbagai dari segi agama,budaya,bahasa,warna kulit dan lain-lain.
Sepatutnya kehidupan yang berwana-warni ni membuatkan kita gembira.


Tapi kenapa persengketaan terjadi??
Kenapa manusia terlalu rakus dengan dunia ni?
Apa yang dicari sebenarnya?
Aku tak faham...

8 comments:

Hujan said...

nice entri
dunia tidak akn aman 100%

Amanina said...

best.

betul, tak dapat bayangkan kalau hidup kita hitam dan putih sahaja. sungguh hambar! :(

deus X machina said...

persengketaan terjadi kerana manusia merebut kuasa dan wang
itulah realitinya

norashikin rahmat said...

pensel warna..er.. dah tua2 gini jarang guna pensel warna..

:p

x-po said...

huhu teringt time kanak2 dlu, mmg ske melukis n mewarna

Wan Perlis said...

@hujan
thanks..masing2 tamak

@amanina
memg x dapat bayangkan

@deus
masing2 nak jadi hebat

@norashikin
pensil warna dalam kenangan

@x-po
tak kasi kawan pinjam nnt patah.hehe

ery said...

ramai yg gila kuasa...
camner nak sepakat~

kata2 berteraskan dendam semata2...

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

@ery
kuasa sebenarny membuatkan manusia lupa diri