Jadilah Kita Manusia Yang Baik


Kebelakangan ni timbul isu plagiat, trademark dan respek sesama blogger.
Maka bangkitlah pihak masing-masing mempertahankan hak dan pendapat masing-masing.
Terjadi jugak serangan minda dan serangan psikologi.
Betul la kan, blog ni tempat meluahkan perasaan dan menterjemahkan apa yang terbuku dihati.

Perkara sebegini tidak akan terjadi jika setiap blogger mengamalkan sikap toleransi dan hormat-menghormati


Pssstt...disebalik pokok yang rendang, aku curi dengar dialog 2 ekor babun
meh kita ikuti dialog 2 ekor babun di taman bunga


babun a : i hairan la dengan manusia ni
babun b : apa yang hairannya


babun a : Tengok tu, boleh ja manusia tu buat aksi manja, ngesel2 kat tempat awam macam ni.takda ikatan yang sah pun.
babun b : Tak malu betul. sepatutnya malu la kat kita ni. kita pun nak beromen dalam hutan ja.
babun a : Kesian kat mak ayah. didik anak dah betul tapi anak pulak buat hal.


babun b : minggu lepas i baca surat kaba. ada manusia bunuh anak i tell u
babun a : apa la kita sibuk nak menambah komuniti, mereka senang2 bunuh anak
babun b : kejam2


babun b : tapi i lagi hairan. kenapa dalam komuniti manusia mereka mementingkan kuasa, pangkat, harta dan macam-macam lagi
babun a : pedulikan je lah.kita mana boleh faham mereka. dalam komuniti kita takda benda-benda macam tu.
babun b : betul jugak ye


babun b : pelik kan manusia ni
babun a : biasalah tu takda peliknya. kita ni yang pelik


babun a : tapikan b, kenkadang manusia ni dah macam kita plak
babun b : eh tak baik kata macam tu


babun a : yela..ada akal tapi macam takda akal
babun b : hmmm..no komen la


babun b : manusia ni ada ja benci, dengki, gaduh
babun a : nak buat camna, mereka ada hati dan perasaan.
babun b : kita pun ada hati dan perasaan. tapi takda la nak dengki2,jahat2
babun a : nafsu la tu kot.dah tak terkawal macam-macam boleh jadi


babun a : sebenarnya manusia dengan kita ada persamaan tau.serius ni.
babun b : memandai ja. kang marah samakan mereka dengan kita
babun a : kan kedua-duanya adalah mamalia.

terus 2 ekor babun ni gelak tak ingat dunia


lalu aku pun keluar dari sebalik pokok yang aku sembunyi.
terus ja aku terjah sambil berkata
"wei berani kutuk spesis aku"

dek kerana terkejut dan takut lalu cabutlah 2 ekor babun tadi.

sekian...


Oh rancangan feberet rakyat Malaysia kembali lagi
Saksikan akedemi fantasial.bersama kita tepuk tangan dan abiskan duit.

27 comments:

deus X machina said...

apa nak gaduh2...relax sudah

thanx coz promot link aku...erk888

kakpah said...

salam wan, yang penting iman.
.
.
dan tak payahlah berhabis duit undi benda tak berpaedah. Yang untung dorang. Kita? menang sorak je? baik tak payah.

Alynn Notnot said...

ohohoho.manusia ni mcm2.

lizz said...

akademu fantasia tu merepek tp gwe akui kadang2 tengok gak.hahahaha! tp, no sms2 lah. buang duit aje.hehehe

Scromix said...

babun a , baun b.hahak

cybernetic88 said...

haha. yup pndai babun tu berkata2. hee. mmng btul. manusia skng. hhu. sndiri la menilai diri masing2 ye =d

tintasastera said...

Assalamualaikum,
Hmm...manusia adalah haiwan yang mampu berkata-kata dan berfikir...

tintasastera said...

Hmm...sesungguhnya manusia itu adalah haiwan yang mampu berkata-kata dan berfikir....

* mEsSy * said...

manusia2..

*_*

cik idaY said...

babun lg pandai fikir dr manusia..huhu

Hafiz Azmi said...

x sedar x taw la kn, >.<

zaiMi said...

faham pulak ko bahasa babun ye? hahah! tapi memang betul apa yang ko cakap. sikap toleransi dan saling hormat la yang paling penting dalam berblogging ni.

beliamuda said...

babun sungguh la dua ekor tu. :P

entah la. no komen sangat setakat ni. agak ketinggalan dengan isu ni. -_-"

Hazzy Ishak said...

alahai babun
pandai plak berkata kata

ahchOng's said...

haram..kenapa blog deus??
mana blog aku..
ni yg aku xpuas ati ni..dh la natang bewak tu suka ngekoq juboq aku

norashikin rahmat said...

babun pun pandai. adakah mesejnya jadilahkita babun yang baik? taktaktak. jadilah kita manusia yang baik. terima kasih, semoga disayangi Allah. :)

hafizazmi17 said...

aku pon google image tu..lpe copy kt sape, but thanks kt empunya asal.. amek je

hans said...

yups
buat slumber jer lah kan senang

✿Lovillea✿ said...

ouch kalo babun btl2 ckp mcm tu kita human meti malu kan... tp tu lah paparan hdup sekarang...
ishhhh ishhh..

opsss sori singgah komen sini..

hafizmd said...

Bro, mmg terbaikla entri ni..telus jer..aku pun rase cam manusia makin pelik dan kejam..babun tuh memang pandai..ntah2..babun tu jelmaan manusia kot?hehehe

Alimaz-Kembara Terasing said...

ish...malu kat babun dua ekoq tu....

Sya Isya said...

xpe, wlpn babun tuterkejut babun ko sergah,tapi aku yakin, deme mesti bangga, sebab dapat enterframe kat blog ko. katne ko blajar bahasa babun ni? aku nak juga belajar.

kinsyakrn said...

salam kenal... suka ayat manusia ada akal tp serupa cam tak nberakal. otak letak kat lutut..

Wan Perlis said...

@deus
diam2 suda
welcome

@kakpah
wsalam kak pah
org kita mudah ditipu

@alynn
manusia pelbagai versi

@lizz
lebih baik sedekah kat tabung masjid

@scromix
haha layan ja

@cybernatic
babun alaf baru

@tintasastera
Wsalam
haha tak setuju

@messy
manusia mudah lupa

@cik iday
babun pun p sekolah. ahaha

@hafiz
renung2kan

@zaimi
tak susah pun bahasa babun

@beliamuda
update diri anda.hehe

@hazzy
babun spm dapat 10 a1

@acong
relak cong nnt blog hg lak.
aku syg blog hang.ahaha
tak baik hg kutuk deus

@norashikin
mesejnya jadilah kita manusia yg baik dan bijak

@hafizazmi
orait

@hans
slumber badak
suka hantu hang

@lovillea
btl cmtu malu la kita ni kan

@hafizmd
terima kasih..
jgn biarkan babun pandai drpd kita

@alimaz
tak tau nak kata apa lagi

@sya isya
haha aku buat2 faham ja bahasa babun ni

@kinsyakrn
salam kenal
ada lagi bahaya manusia berotak lembu

Zoul said...

Bagus aku suka mesej entri ni..
ha ha ha.. boleh aku tau address blog dua ekor babun tu..?

wazy said...

entri yang bagus ni bro,best lak tengok dialog babun tu

Wan Perlis said...

@zoul
http://www.myspace.com/bab0onz
ahaha

@wazy
babun pandai ni,ahaha