Apa Yang BESTnya Kampung aku


1.
Pemandangan dan Suasana Kampung
Yang ni toksah habaq la. orang kl pun kata kampung memang best. tiap kali bangun pagi tenang dan nyaman, nampak hijau, sawah padi terbentang luas, fikiran lapang. takdak la nak bising2 cam bandaq.

2. Sungai
Di kala petang sungai menjadi tumpuan orang ramai. Setiap petang mesti penuh orang dok memancing. seronok aih tengok makcik pakcik, anak-anak muda memancing. dapat banyak ikan baq hangpa. laluan sungai ni jugak menjadi tempat berjogging

3. Kemudahan
Masjid yang luas,kedai runcit dan mini market,kedai makan,burger,cc..kira semua ada la

4. Semangat Kejiranan
kat bandar orang kata semangat kejiranan dah terhakis. Jiran sebelah rumah pun tak kenal,taktau nama apa. ingatkan jiran nak pindah rumah baru, alih-alih perompok punya kerja. kat kampung lain, bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kalau musim kenduri mau tau la lagu mana

2 comments:

HEROICzero said...

hahah! kampung mana bai?

Ahmad Syazwan said...

kampung aku Kampung padang behor