
Tatkala aku boring tahap cipan tertelan basikal
beruang kutub kepanasan di gunung everest
idea nak menulis tak masuk ibarat mentel kena blok
tangan plak terasa ringan macam nak lempang rosaknah matt aris
bilik tidoq wangi mengalahkan pontianak harum sundal malam,
boleh disinominkan jugak dengan kilang perfume tertumpah
Dikala itu juga kelip-kelip terbang mencari bateri
sang rembulan kian pudar dimamah masa
jam didinding menunjukkan 3 suku pagi
disaat sang manusia dibuai mimpi indah,
melakar peta baru dalam sejarah
ditambah lagi dengan irama yang cukup merdu
bak rozita che wan mendendangkan lagu untukku (meet auntie kiah)
Disaat tekak terasa loya
mengidam kambing masak kicap mengalahkan ibu mengandung
dahagakan jus cinta seminggu tak minum
pala otak bebas seperti berada diawang-awangan
seperti juga berada di pandang rumput yang luas
yang kelihatan rumput hijau yang segar dan langit biru(dapat bayangkan x?)
mencari ilham tak sampai-sampai
Di penghujung sana, sudut yang kurang bercahaya
lampu minyak tanah juga tidak digunakan
berkeliaran manusia di lorong haji taib
di disko-disko berdancing tak ingat akhirat
makin lama makin menjadi-jadi
seperti tenuk kehilangan kunci kereta
minda tertanya-tanya
adakah perlu dilapor kepada aduan rakyat?
atau dihantar
keretamayat?
Malam makin tua
angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut bak angin di filipina
mungkin jugak angin dari langkawi yang membawa kabar gembira
sungguh syahdu lagi menggelikan
malam yang akustik
jauh disudut pankreas, masih adakah manusia yang jujur di zaman ni
ah tipu!manusia rakus..masing-masing tamak seperti anjing dan bayang-bayang.
bagi paha nak bodi
lima kali dua, tujuh tambah tiga
sama ja
masing-masing nak tunjuk siapa hebat
nak mengalah tidak sama sekali
ego!ego tahap lembu nak makan kfc
manusia memang tak pernah puas
hati aku bermonolog lagi <--kali ni lain macam skit
Malam yang hening terus berlalu
jarum saat sedikit tidak berhenti berdetik
kini nyamuk tidak menghiraukan gajah lagi
mungkin kerana spesis yang berbeza
habitat juga berbeza
tidak dapat disamakan lagi
yang sama kedua-duanya mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal
dan kedua-duanya juga tidak melakukan proses fotosintesis
**proses fotosintesis dilakukan oleh tumbuhan dimana karbon dioksida diserap
dan oksigen dilepaskan lalu menghasilkan wap air
akhirnya....
tamatlah mukadimah yang pertama dan akan disambung ke mukadimah yang kedua.
erkkk dah kot.hahaha
Street To The PointBaru2 ni terdengar kes artis ditangkap kerana
dedah dadah
Tak abis2 minah ni..Korang tak rasa menyampah dan meluat?
Kalau ada 20 orang artis macam ni, comfirm rosak industri minyak sawit Malaysia.
Patut masuk ja pusat pemulihan akhlak.
Sedarlah sikit ni bumi Malaysia yang beriklim khatulistiwa.
Bukan kat hollywood yang ada 4 musim.
Agak2 la.Sekarang siapa yang bodoh?
Kan tak pasal2 dok hotel besi foc
Letak jawatan je la.
Media apa tunggu lagi.artis lelaki buka baju tahu nak ban.
Artis betina buka baju,berkemban + akhlak down???
Nak simpan lagi?
jangan cemarkan pemandangan di Malaysia yang indah ni.
kami taknak.
Artis layan-layan
Berlagak macam bintang tapi tak pernah bersinar.
bintang kegelapan ada kot?
Hisap rokok sepoi-sepoi bahasa lagi tu.
ceh macam bagus sangat.
Sebelum ni ada group facebook benci minah ni.
woo..boleh tahan ramai beb yang join.
Artis cuti-cuti Malaysia pakai bikini
fuhhh..cari pasai geng.
Boleh dapat angin senggugut ooo..
kot ya pun nak test bikini baru, dalam bilik dah la..bukan tempat public..
akai ada akai?
Buat malu rakyat Malaysia je.
Orang taknak mengaku sedara baru tau.nak ke macam tu?
pastu keluar statment "menceroboh hak peribadi"
Hek eleh nak defend diri la tu.
Comeonlah...muak tau dak muak.
Hak pemakaian adalah hak agama!
bukan hak peribadi kakak
Artis tak cukup kain
Golongan ni agak ramai.tak boleh bilang dengan jari.
Perkara ni dah jadi perkara biasa.macam xda apa-apa.
Antara yang terpanas macam cuaca kat Malaysia la ni..hmmm...sapa ek?
mungkin kot minah busana merah masa ajl(anugerah juara lagha)lepas.
siap dapat anugerah dari sebuah blog hiburan lagi tu.huahaha
lukenabeb
dah la
tak perlu aku ulas panjang-panjang.
korang sendiri mampu menilai yang mana baik yang mana
beruk buruk
***ops bukan semua artis macam tu.ada artis baik-baik gitu & berpendidikan tinggi.
apa pendapat korang?komen jangan tak komen.