Molekul Air - Ketahui Kuasanya


Air merangkumi 3/4 daripada permukaan bumi. Air adalah sumber utama kepada benda hidup. Asal kepada wujudnya hidupan di muka bumi ini juga bermula dari air. Allah berfirman “Tidakkah orang-orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi adalah keduanya bertaut(bersatu) lalu Kami belahkan keduanya, Kami jadikan tiap-tiap yang hidup dari air.Tidakkah mereka percaya?” (Surah Al-Anbiya’ : 30)

Mengikut kajian, bacaan ke atas perkataan yang membawa maksud yang baik pada air akan mendatangkan faedah kepada si peminum. Ini kerana zarah-zarah yang ada di dalam air akan berubah menjadi corak yang cantik dan seragam. Apabila air yang diminum memiliki molekul yang indah, maka badan kita akan memancarkan cahaya yang tampak pada wajah. Bahkan badan akan bertambah sihat dan cergas.

Apabila dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Ketika dimainkan muzik simfoni mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Sewaktu muzik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur.

Kajian yang dilakukan ke atas air zam-zam menunjukkan air ini tidak pernah putus-putus keluar dari muka bumi ini dan memiliki molekul yang amat cantik. Selain tidak pernah kering ia juga mempunyai komposisi garam dan rasa yang sentiasa sama sejak dulu hingga sekarang.

***disunting daripada Majalah I keluaran Ogos 2010 tulisan zahid zamri

1 comment:

NajihahElFaizah said...

salam. lama tak komen disini;)
bagus perkongsian nie. keep it up ^^,