Singa Utara nak kembali ke zaman Kegemilangan 2003-2006

petikan dari sokerleaks

Perlis kali ini dilihat kurang mengancam ketika dizaman kehebatan mereka beberapa tahun yang lalu. Diperkuatkan lagi dengan bekas pemain Kedah iaitu Saramsak Kram dan Fadly Baharom, skuad kendalian Mustakeen Omar ini mungkin mensasarkan agar kekal di Liga Super untuk kempen edisi 2011 ini. Stadium Utama Kangar diharap dapat kembali dimeriahkan, sama meriahnya ketika pasukan Perlis menentang ERA FC (yang ketika itu perlawanan diulas oleh Linda Onn dan gawangnya dijaga Rosyam Nor, penuhhhnya stadium sampai ke balapan)

Pemergian Amar Rohidan ke Kedah sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pasukan. Namun begitu pasukan lain tidak boleh memandang rendah cabaran Singa Utara kerana mereka memiliki barisan muda, dan orang muda paham-paham jer la, mesti bertenaga. Nak nak duduk dekat perlis, sempadan dengan Siam saja, kompem bertenaga. Oh ya, penjagagol Perlis Reza Iqrimal pernah beraksi di Liga Singapura. Hebat tak hebat kita lihat bila saingan bermula nanti.

Ketepikan dulu soal wahabi-wahabi ini. Walaupon tiada kata-kata perangsang dari Dr.Asri bekas mufti perlis, pasukan Singa Utara ini masih mendapat sokongan rakyat Perlis dari Kangar, Jejawi, Arau, Kokdiang (kokdiang ni kat kedah sebenarnya nak habaq kat hang) dan Padang Besar. Tidak dilupa, pasukan ini terus mendapat sokongan padu dari Presiden Persatuan Ahli-Ahli Sukan Malaysia iaitu Shahidan Kassim @ Pok Kassim. Aumm Singa Utara, Aummm!!

kredit to sokerleaks

4 comments:

daus said...

go perlis, hehe



my blog
blog daus

zaryl said...

biaq pi la ni depa nak kata apa. mcm arsenal, pemain muda lambat skit nk naik tp bila dh banyak pengalaman mesti mantap punya la hoho

siTokei said...

wah baru teringat sabtu dh nak mula sepakmula hihhii
best2 lagi tgh mood baik bagi bolasepak negara kita.....
ngaum jgn ngaum perlis...

Anonymous said...

perlis kena amek player yg tinggi2 sket..jgn amek yg katik2 sgt..payah nak beat player lawan kalo katik2