Sikap kita dengan bolasepak


1. Sentiasa ke Stadium

Penyokong akan sentiasa ke stadium. Tak kira samada perlawanan itu menarik ataupun tidak. Malah penyokong akan turun ke stadium untuk menyaksikan seisi latihan pasukan kesayangan. . Berbeza dengan penonton, mereka jenis memilih perlawanan. Perlawanan menarik baru nak ke stadium. Lebih tragis lagi mereka akan menjadi penonton di depan tv bila tahu perlawanan itu ada live di televisyen

2. Sikap atau Attitude

Ini adalah perbezaan ketara antara penyokong dan penonton. Penyokong lebih profesional dan berdisiplin daripada penonton. Penyokong tidak akan membaling objek ke padang dan tidak akan bergaduh. Berbanding dengan penonton, mereka akan membaling apa saja objek yang ada di tangan mereka, botol, mercun, bata, burger dan lain-lain. Emosi sudah tidak terkawal. Penyokong tidak akan memaki pemain bila pemain melakukan kesilapan. Dalam situasi tertentu sahaja penyokong akan bersuara keras, contohnya seperti Malaysia vs China di sukan asia 2010. ben williams stupid reff

3. Budaya Menyokong

Cara sokongan antara penyokong dan penonton amat berbeza. Penyokong akan menyokong pasukan mereka dengan penuh semangat(all out) dan unik. Keputusan perlawanan tidak mempengaruhi mereka untuk menyokong. Sekalipun pasukan pilihan ketinggalan, mereka tetap dan terus menyokong. Penonton lebih suka menunjukkan sikap najis mereka. Bagaimana sikap najis ini? Sikap najis adalah keluar stadium awal sebelum permainan tamat. Padahal masa masih ada 20minit. Pendek kata mereka adalah lalang. lalang yang ditiup angin

4. Identiti dan Spirit

Penyokong akan sentiasa berasa excited. Tak sabar menunggu perlawanan seterusnya. Semangat dan jiwa mereka berbeza dengan penonton. Orang lain tidak akan tahu.M ereka sendiri merasakannya. Semangat tak pernah hilang

Sampai pada satu level, penyokong ini bukan lagi digelar penyokong. Mereka digelar Ultras

No comments: