Cinta Monyet?


Pernah anda melihat pasangan yang tengah bahagia bercinta? Benarkah seperti yang dikata, bila bercinta semua perkara manis. Mari kita lihat tabiat-tabiat orang bercinta

Motosikal dan Kereta

Perkara biasalah kan bermotosikal dan berkereta dengan boyfriend. Takkan berbasikal kot keluar dengan teman istimewa. Merendek dengan moto ni yang menjadi masalah. Agak tak manis dipandang masyarakat. “syg i ambik u kat simpang depan tu ye, u tunggu tau. kita g tengok wayang cita Aku Masih Dara” berani la kalau ambil anak dara orang depan rumah. Jawab la dengan parang makayah dia

Berpegangan Tangan

Berjalan di pesisir pantai, di shopping compleks, pasar malam, taman rekreasi.. Inikah bukti cinta? “Takpe inikan perkara biasa bagi orang yang bercinta, nanti kita nak kahwin jugak” Banyak la nanti nak kahwin. Entah-entah hati dah berubah. Hati manusia siapa boleh duga. Masa tu tau la langit tinggi ka rendah

Kongsi Minat

Boyfriend minat bola, si awek pun ikut. Awek minat photography,si lelaki cuba mendekati dan memahami photography. Padahal dalam hati “tidak, aku tak suka semua ni. terpaksa ikut sebab nak jaga hati” ahaha kata honest. Mana perginya honest tu?

SMS dan Call

Handphone tak pernah lekang dari tangan. Lawan berbalas mesej. Bila mesej tak reply merajuk. Pastu kena hantar report kat pasangan “b, i nak pegi pasar beli ikan, teman mak i” Mana nak pergi, dengan sapa kena bagitau. Memang terkongkonglah

Lagu Tema

Yang ni part paling best. Siap ada lagu tema lagi. Kononnya lagu tema mengingatkan perkara yang indah dan manis dalam percintaan. p mampuih la

sigh ~

5 comments:

CutieIntan said...

hahahahaha...fakta yang meang betul sesangat....
one more thing nak tambah bila bercinta orang tak creative jadi creative...mula bagi yang berbunga-bunga bagai..

iskandarzulkarn9 said...

mcm2 lahhhh...hahhahahaaaa

Mohd Yusuf said...

mula2 bercinta mmg manis, tapi kalau dh jemu, pahit...

nand nasyari said...

ni macam kes jeles je. lalala

Anonymous said...

this person like.