Langit tak Selalu Cerah


Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang. Namun kegagalan datang jua
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah. Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan kita gagal


Gagal bukan bererti kalah
Gagal bukan bererti gagal selamanya
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.

Peredaran zaman terus kehadapan
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka
derita merindu itu terkadang dapat dirasai
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis


Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya
sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa
Gagal itulah permulan kepada kejayaan !

No comments: