info drama Juvana



  • DRAMA bersiri popular Juvana yang mula ditayangkan pada 25 April lalu di TV3
  • sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara

  • Ia bukan sekadar omongan kosong sebaliknya ia dapat dibuktikan dengan rating yang dicatatkan oleh AC Nielsen setiap minggu

  • Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular

  • Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12 Juvana terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu

  • Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri

  • Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata

  • Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda

  • Episod akhir Juvana cecah 4.2 juta penonton

  • Faisal Ishak selaku pengarah

No comments: