Sikap Rakyat Malaysia


1. Membuang Sampah Merata-rata

Perkara ni bukanlah sesuatu yang aneh. Sebab tu kita tak hairan apabila ternampak sampah di kaki lima, bahu jalan, taman reakriasi, dalam sungai dan lain-lain tempat lagi . Kadang-kadang kita jugak akan nampak papan tanda yang tertulis “di larang membuang sampah disini” Bagaimana papantanda ni boleh wujud? Kalau nak tengok ‘pemandangan indah’ ni boleh tengok dibawah tangga flat, selepas pasar malam atau selepas menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium berdekatan kita(kat anfield takdanya) Tetapi sejak kebelakangan ni bukan sampah ja yang dibuang. Anak pun dah jadi macam sampah

2. Tandas Awam Kurang Memuaskan

Tak kira tandas awam shopping complex, kawasan pelancongan lebih kurang ja. Boleh dilabel sebagai pencemaran alam jugak la. Amat malu nak tanya kat mat salleh ” what r u think about public toilet at Malaysia? adesss… jaga la skit kebersihan tandas woi! hang jugak yang berak kan.

3. Iklan Serabut

Selalunya iklan-iklan ini menghiasi public phone, bus stand, tiang traffic light dan dinding2 premis. Antara iklan yang popular adalah

i) pinjaman untuk anda. blacklist diterima. kami bukan ahlong, kami cuma nak tolong

ii) dapatkan pil kuat. murah, senang dan berkesan

iii) masih tidak bekerja? jawatan kosong sila hubungi 019-xxxxxxx

iv) mencari kereta terpakai? tiada wang muka

No comments: