Website paling popular di dunia


Berikut website paling popular didunia mengikut ranking alexa

1. Google

Dalam dunia siber taksah kalau tak kenal google. Syarikat gergasi search engine. Sumber utama mencari maklumat atau info. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh google seperti blog, gtalk, emel, gambar, group, map dan lain-lain. Adakah anda kenal siapa Eric Schmidt?


2. Facebook

Dikendalikan seorang pemuda yang berasal dari New York berusia 25tahun mark zuckerberg. Pada mulanya dikenali sebagai facemash pada tahun 2004 dan hanya digunakan oleh pelajar Universiti Harvard. Dilancarkan secara rasminya pada 2007


3. Youtube

Laman video streaming atau perkongsian video yang dilancarkan pada tahun 2005. Menjadi hak milik google pada 2006 dengan pembelian US$1.65 Billion (RM4.27 Billion) Youtube menampung berjuta-juta video dari yang baik hingga yang tidak baik. Harap anda dapat support video streaming dari anak Melayu kita, 1tube. Pasti ramai yang tidak mengetahuinya


4. Yahoo !

Sebelum kehadiran google, yahoo merupakan search engine no 1 (aku mengenali yahoo dulu sebelum google) Kini yahoo menduduki tangga ke-2 selepas google. Servis lain yang ditawarkan oleh yahoo adalah yahoomail, flickr, yahoomassager dan lain-lain. Tahukah anda apa yang akan terjadi apabila anda klik pada tanda seru pada logo Yahoo ! ?


5. Live.com

Dikendalikan syarikat pengkomputeran terkenal iaitu Microsoft. saudara kepada live adalah Bing dan MSN

seterusnya cari sendiri kat alexa.hahaha

No comments: