Gangguan Personaliti


Ramai beranggapan wanita yang terlalu mengikut kehendak kekasih bertindak bodoh, namun tindakan mereka itu sebenarnya disebabkan kecacatan pada personaliti mereka hingga boleh diperbodohkan dengan mudah

Golongan wanita seperti itu disifatkan mengalami gangguan personaliti dikenali sebagai ‘dependant personality disorder’

gangguan personaliti menyebabkan individu terbabit terlalu bergantung kepada orang lain seperti kekasih hingga menurut apa saja keputusan yang dilakukan pasangan, malah hingga tahap membahayakan diri sendiri

Mereka ini kebiasaannya berkelakuan tidak ubah seperti lembu dicucuk hidung dan tidak mampu membuat keputusan sendiri walaupun mengetahui sesetengah perbuatan yang dilakukan tidak logik

gejala gangguan personaliti ini antaranya terlalu mudah dipengaruhi dan terpedaya, apatah lagi apabila berkaitan cinta hingga sanggup dipergunakan pasangan

Mereka yang mengalami gangguan personaliti ini kebiasaannya pada satu tahap tidak boleh mengatakan tidak atau menolak keputusan pasangan walaupun ia jelas perbuatan jenayah. Mereka yang mengalami masalah ini boleh dirawat melalui kaunseling atau berjumpa pakar psikiatri. Kebiasaannya mereka hanya menyedari mengalami gangguan personaliti ini selepas mendapat rawatan

No comments: