Tidak Tanggung dosa Orang lain

Konsep "Suami menanggung dosa isteri dan ayah menanggung dosa anak perempuan" tidak pernah dikenali di dalam Islam. Lelaki itu hanya berdosa jika tidak melakukan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar kepada manusia dibawah jagaannya dan juga BUKAN di bawah jagaannya. Si lelaki sama sekali tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak. Apabila saya buat survey kepada ramai wanita Melayu, majoriti mereka masih memahami konsep yang salah itu lalu dengan senang hati perasan dirinya ditanggung dosa. Tidak demikian ! Jika begitu apakah yang akan malaikat tulis di buku amalan kalian?


Konsep itu jelas menyanggahi petunjuk Quran dan Hadis di mana seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Jika seseorang masih menganggap benar konsep seperti ini, wajib dia membersihkannya segera dari pemikiran kerana ia berkaitan dengan tanggapan jelik kepada keadilan Allah. Tidaklah Nabi Luth itu menanggung dosa isterinya yang tertinggal bersama kaumnya ketika bencana. Tidak juga Nabi Nuh menanggung dosa anaknya yang enggan menaiki bahtera. Tidak boleh seseorang itu bersangka buruk kepada si bapa apabila dilihat si bapa itu rajin ke masjid namun anak dan isterinya seperti puaka. Persangkaan yang boleh dilakukan hanyalah "Si ayah sudah pun menasihati namun diingkari" Lalu jagalah kain sendiri

2 comments:

Nurul Hazrieyn said...

betul ker??? dh tny pd yg pakar?

Aril Impian - Pencetus Generasi Hadapan said...

Info yang yang menarik..
http://arilimpian.blogspot.com/