Kekuatan Skrip


ini Ali. dia mahu bikin filem. bagi Ali, ini hari yang sama macam minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, 2 tahun lepas, 5 tahun lepas..yang beza cuma tarikh. 1743 kenalan di facebook. Tak sampai 100 yang Ali pernah jumpa. Angka paling tepat mungkin 87 orang. yang lain strangers. Ali rasa kosong. Dia perlukan hibernasi dan inspirasi

Detik Kewafatan Rasulullah S.A.W


Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w meninggal di rumahku, pada hatiku dan berada antara dada dan kerongkonganku. Salah seorang dari kami membacakan doa untuknya dengan doa yang biasa dibacakan untuk orang sakit. Aku pun ikut mendoakannya. Kemudian baginda mengangkat pandangannya ke langit dan mengucapkan: “Arrafiiqul A’laa, Arrafiiqul A’laa (Ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi, ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi).” Lalu Abdurrahman bin Abu Bakar masuk dengan membawa kayu siwak yang masih basah. Nabi s.a.w pun menatapnya, saya mengira baginda memang memerlukan siwak tersebut. Aisyah berkata: Maka aku mengambilnya, mengunyahnya, mengibas-ngibaskannya, dan membaguskannya, kemudian aku berikan kepada baginda. Lantas baginda membersihkan giginya dan belum pernah aku melihat orang yang membersihkan giginya sebagus yang baginda lakukan. Setelah itu baginda memberikannya kepadaku namun jatuh (lepas) dari tangannya. Segala puji bagi Allah yang telah mengumpulkan antara air liurku dengan air liur baginda pada hari-hari terakhir baginda di dunia dan pada hari-hari pertama di akhirat kelak. (H.R. Bukhari)

Ustazah Norbahyah kata Anas r.a mendengar lafaz Ummati, Ummati
Sedangkan Aisyah r.a yang meribakan Nabi kenapa dia diriwayatkan oleh Anas r.a. tidak Aisyah r.a. yang lebih hampir pada ketika itu

Lafaz ummati, ummati itu TIDAK SAHIH, kerana jelas dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi , Aisyah r.a. menjelaskan kalam terakhir Nabi  adalah "Allahumma Rafiqul A'laa"

Pencerahan dari mereka yang benar-benar buat kajian mendalam tentang hadis-hadis Nabi memang amat diperlukan masa kini.
Zaman kita dengar dan telan bulat-bulat semua yang disampaikan telah berlalu. kita masuklah dalam zaman ilmu. yang kita dok pegang dulu, jika terbukti tak sahih, buanglah.. Semoga kita tak termasuk dalam mereka yang mendustakan Nabi. na'uzubillah.

Jika ustaz/ustazah tak tahu, bagitahulah mereka dengan hikmah. Bukan semua pengkhususannya hadis.
Kita tak lepas dari kesilapan dan jika ada orang membetulkan kita dengan dalil2 sahih, bersikap terbukalah dan bersyukurlah kita dapat ilmu baru dan tak terus silap

Dabel Stended


Apabila penceramah/khatib/ustaz berbicara tentang mentaati pemimpin itu dianggap biasa. Tetapi apabila khatib berkhutbah tentang jangan memilih pemimpin yang tidak pandai mengurus harta rakyat dianggap berpolitik dalam masjid

Lengkuas Kunyit dan Serai

Logic Malay Panic

1. kalau duit kena babi, hang tak boleh guna duit tu sebab duit tu jadi duit haram
2. kalau seluar hang kena anjing, hang kena rendam seluar hang dengan air tanah

Sampingan

Dulu aku p tuisyen
mak abah bagi duit bayaq yuran tuisyen, tapi aku bayaq yuran tuisyen kat cc


Tolong percaya aku. aku akan susun semuanya
kalau ada masalah aku rela dipertanggungjawab

dah kawin nak buat kat istri macamni
"Eh tudung awak sengetlah.meh nak betulkan"
lepas betulkan tudung istri muahh skali kat pipi


"awak jangan risau pasal saya boleh tak?"

"salah ke saya nak ambil berat pasal kawan saya?"

Paradoks itu perlu

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP (2005:1139) – Paradoks ialah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum

2. Memahami Istilah Sastera, Karya Bistari (Rahman Shaari,1985:70) – Paradoks ialah lebih mirip ironi. Sesuatu yang asing, iaitu yang kurang meyakinkan walaupun betul pengertiannya
3. Kamus Puisi, DBP (2005:71) Paradoks ialah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contoh: “benci tetapi rindu”
*Ironi bermaksud satu gaya bahasa yang mana penggunaan bahasa yang maknanya bertentangan dengan kenyataan atau ketidaksesuaian antara harapan dengan kenyataan. Contohnya: “air mata kegembiraan”
4. Maksud perkataan paradox adalah paradoks, kenyataan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran