Detik Kewafatan Rasulullah S.A.W


Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w meninggal di rumahku, pada hatiku dan berada antara dada dan kerongkonganku. Salah seorang dari kami membacakan doa untuknya dengan doa yang biasa dibacakan untuk orang sakit. Aku pun ikut mendoakannya. Kemudian baginda mengangkat pandangannya ke langit dan mengucapkan: “Arrafiiqul A’laa, Arrafiiqul A’laa (Ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi, ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi).” Lalu Abdurrahman bin Abu Bakar masuk dengan membawa kayu siwak yang masih basah. Nabi s.a.w pun menatapnya, saya mengira baginda memang memerlukan siwak tersebut. Aisyah berkata: Maka aku mengambilnya, mengunyahnya, mengibas-ngibaskannya, dan membaguskannya, kemudian aku berikan kepada baginda. Lantas baginda membersihkan giginya dan belum pernah aku melihat orang yang membersihkan giginya sebagus yang baginda lakukan. Setelah itu baginda memberikannya kepadaku namun jatuh (lepas) dari tangannya. Segala puji bagi Allah yang telah mengumpulkan antara air liurku dengan air liur baginda pada hari-hari terakhir baginda di dunia dan pada hari-hari pertama di akhirat kelak. (H.R. Bukhari)

Ustazah Norbahyah kata Anas r.a mendengar lafaz Ummati, Ummati
Sedangkan Aisyah r.a yang meribakan Nabi kenapa dia diriwayatkan oleh Anas r.a. tidak Aisyah r.a. yang lebih hampir pada ketika itu

Lafaz ummati, ummati itu TIDAK SAHIH, kerana jelas dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi , Aisyah r.a. menjelaskan kalam terakhir Nabi  adalah "Allahumma Rafiqul A'laa"

Pencerahan dari mereka yang benar-benar buat kajian mendalam tentang hadis-hadis Nabi memang amat diperlukan masa kini.
Zaman kita dengar dan telan bulat-bulat semua yang disampaikan telah berlalu. kita masuklah dalam zaman ilmu. yang kita dok pegang dulu, jika terbukti tak sahih, buanglah.. Semoga kita tak termasuk dalam mereka yang mendustakan Nabi. na'uzubillah.

Jika ustaz/ustazah tak tahu, bagitahulah mereka dengan hikmah. Bukan semua pengkhususannya hadis.
Kita tak lepas dari kesilapan dan jika ada orang membetulkan kita dengan dalil2 sahih, bersikap terbukalah dan bersyukurlah kita dapat ilmu baru dan tak terus silap

No comments: