Paradoks itu perlu

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP (2005:1139) – Paradoks ialah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum

2. Memahami Istilah Sastera, Karya Bistari (Rahman Shaari,1985:70) – Paradoks ialah lebih mirip ironi. Sesuatu yang asing, iaitu yang kurang meyakinkan walaupun betul pengertiannya
3. Kamus Puisi, DBP (2005:71) Paradoks ialah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contoh: “benci tetapi rindu”
*Ironi bermaksud satu gaya bahasa yang mana penggunaan bahasa yang maknanya bertentangan dengan kenyataan atau ketidaksesuaian antara harapan dengan kenyataan. Contohnya: “air mata kegembiraan”
4. Maksud perkataan paradox adalah paradoks, kenyataan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran

No comments: