Bertunang dan pembaziran


Zaman sekarang ni bertunang pun dah macam menikah/kenduri. siap pasang khemah, pelamin, pakai baju sultan bagai. Bila dah ada pelamin sah2 upah photographer. buang duit satu hal, lupa diri satu hal. hang bertunang ja pun bukan sah lagi nak pegang2 cuit2. Lagipun dalam Islam pertunangan tak perlu nak dihebohkan

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. entah macam mana alih2 tak jadi nikah,putus tunang. Dahtu majlis bertunang yang grand sebelum ni apa creta? rugi dapat malu boleh. aku bukan nak prejudis ka apa tapi biaq la kena gaya. aku creta ni bukan nak mengaibkan sapa-sapa cuma harap perkara ni jadi pengajaran buat kita semua

Adalah penting untuk orang melayu hindari pembaziran dalam majlis perkahwinan. persandingan, tabarruj (mempercantik pengantin wanita), pembaziran, adat istiadat hindu dan animisme dalam perkahwinan. boikotlah bidaah dan tambahan yang menyusahkan perkahwinan. Boikotlah menurut acuan sunnah dan bidang kuasa anda. utamakan Ibadat bukan adat

No comments: