Politik : Anti Rasis

Dalam PRU tahun 99 ketika era Reformasi sedang rancak, ramai orang melayu mengundi melayu Barisan Alternatif. Penurunan undi mereka untuk Barisan Nasional amat ketara di banyak kawasan seluruh semenanjung sehingga menyaksikan jatuhnya BN di Terengganu seterusnya mengukuhkan kedudukan BA di Kelantan. Pas khasnya menunjukkan prestasi yang baik di Kedah, Perak dan Pahang

Orang bukan melayu khasnya cina memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional. Mungkin kerana fobia dan khuatir dengan imej Pas, mereka mengambil keputusan mengundi BN. Keputusan mereka dapat dilihat dengan jelas apabila tokoh DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di tempat yang mereka tandingi. PKR pula tidak bernasib baik apabila hanya memenangi satu sahaja kerusi di Permatang Pauh. Kerana sokongan padu bukan melayu kepada BN akhirnya mereka berjaya mendapat 2/3 kerusi di Parlimen

Ketika itu tiada siapa yang mempertikaikan mood pengundi bukan melayu. Tiada komen berunsur perkauman. Tidak dari BN mahupun dari BA. Semua pihak redha dengan pilihan rakyat. Golongan ultra melayu pun tidak mempertikaikan pilihan bukan melayu. Mungkin kerana mereka dipilih semula sebab itulah mereka lega

Pilihanraya 2004 menyaksikan mood pengundi melayu dan bukan melayu lebih kepada BN. Pas tewas di Terengganu dan kebanyakan kerusi di seluruh negara. Kelantan sendiri hampir kalah. Malah Marang yang dua penggal dipegang oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga tewas

Mungkin kerana DAP mengambil keputusan untuk tidak bersama BA ketika itu, mereka berjaya memenangi hati sebahagian pengundi bukan melayu sehingga mencapai keputusan lebih baik berbanding PRU sebelumnya. Lim Kit Siang dan Karpal Singh berjaya masuk semula ke dalam Parlimen.

Even ketika itu tiada siapa mengeluh. Bahkan BN berasa amat lega kerana undi melayu dan bukan melayu berpihak kepada mereka. Komen-komen perkauman tidak ada. Malah dalam pilihanraya kecil yang diadakan dalam tempoh selepasnya, rekod BN boleh dikatakan cemerlang

Semuanya tampak berjalan dengan begitu lancar. Malaysia dikatakan sebagai negara majmuk paling harmoni dan saling bertimbang rasa. Punyalah harmoni sehingga tiada apa pun yang dapat mengganggu-gugatnya

Bila tiba PRU 2008, semasa tempoh berkempen semua rakyat dihidangkan dengan pelbagai sajian. Iklan di television dan radio menggambar betapa kuatnya perpaduan di Malaysia. Nampak seperti BN bakal mengulangi kejayaan 2004

Tapi bila keputusannya diumumkan, barulah mereka sedar bahawa ramai bukan melayu sudah tidak lagi suka kepada mereka. BN kalah di 4 negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kelantan dimana mereka mencapai rekod yg baik tahun 2004 dahulu gagal ditawan. Malah Pas berjaya mengekalkan 2/3 kerusi di sana

Seluruh negara menunjukkan prestasi kurang baik untuk BN. Mereka tidak berjaya mengekalkan 2/3 di Negeri Sembilan. Malah BA memenangi 2 kerusi DUN di kubu kuat mereka di Johor.

Bagi kerusi Parlimen pula, BN mendapat tamparan besar. Mereka gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Ramai muka besar kecundang seperti Dato Seri Shahrizat Jalil, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Dato' Seri Samy Velu

Kerusi di Kuala Lumpur hampir kecundang kesemuanya. Hanya Setiawangsa berjaya dipertahankan. Kawasan Siputeh dimenangi oleh DAP dengan majoriti 40,000 undi. Mood pengundi bukan melayu khususnya di bandar sudah tidak lagi cenderung kepada mereka

Melihat keadaan ini mulalah suara-suara perkauman sumbang kedengaran di sana sini. Golongan yang dulunya gembira dengan sokongan bukan melayu kini mula memperlekehkan golongan cina. Kenapa? Hanya kerana mereka tidak lagi mendapat sokongan. Bila orang cina undi BN mereka digelar tolerant, tapi bila mereka tidak mengundi BN mereka dituduh sebagai racist

Maka muncullah NGO's ultra melayu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Orang ramai disogok dengan idea bahawa kaum cina ingin mengambil alih Malaysia. Padahal kalau mereka ingin mengambil alih Malaysia, PRU tahun 99 ialah waktu yang paling sesuai kerana kedudukan bukan melayu khasnya cina amat kukuh ketika itu.

Sepatutnya langkah yang diambil oleh BN selepas PRU 2008 ialah memenangi hati kaum cina dan bukan melayu. Malang sekali dalam usaha mereka memenangi hati bukan melayu, mereka juga membiarkan sahaja usaha golongan ultra melayu menjauhkan jurang perpaduan antara kaum. 1Malaysia yang digembar-gemburkan hanya nampak pada nama, tapi rohnya tidak ada. Pemimpin tertinggi BN terus membiarkan kaum cina dan india berpatah hati dengan tindakan ultra melayu

Akhirnya bila orang cina sudah menyampah dengan BN, mereka menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di dalam PRU 13. Peratusan undi orang cina dalam PRU tersebut ialah 28 peratus, di mana 27 peratusnya mengundi PR

Johor bukan lagi kubu selamat bagi mereka. Walaupun Perak yang diambil alih BN pada tahun 2009 berjaya dikekalkan dan Kedah berjaya ditawan, mereka tewas banyak kerusi DUN di kubu-kubu kuat mereka. Di Johor sahaja sudah berbelas kerusi. PR dan DAP khasnya secara kesuluruhan mencapai prestasi yang baik dalam peringkat DUN seluruh negara

Dalam peringkat Parlimen pula BN mendapat 133 kerusi, thanks to kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dan kerusi-kerusi yang jumlah pengundinya kecil seperti Putrajaya dan Cameron Highland. Keputusan ini amat mengecewakan mereka, apatah lagi mereka sudah berbelanja berpuluh bilion untuk mencapai 2/3 majoriti parlimen. Secara keseluruhan pencapaian mereka lebih teruk berbanding 2008

Di peringkat bawahan pula golongan ultra melayu sibuk menguar-uarkan agenda kaum cina menipu melayu dan orang cina ialah kaum yang racist dan extremist. Padahal siapa sebenarnya yang lebih extremist? Mereka atau kaum cina?

Mana-mana ahli politik yang cerdik kena faham bahawa rakyat di Malaysia khususnya penduduk bandar sudah pandai berpolitik dengan matang. Isu perkauman dan agama tidak sepatutnya dimainkan pada tahun 2013. Kalau ianya dimainkan zaman dahulu kala mungkin ada kesannya. Tapi di zaman IT dan ekonomi tidak menentu, harga barang dan hartanah melambung tinggi, kos sara hidup yang semakin naik terutamanya di bandar, kebanyakan orang bukan melayu tidak melihat apakah warna dan bangsa calon, mereka ingin melihat siapakah yang boleh menjaga mereka dan anak cucu mereka. Kalaulah mereka tidak yakin yang BN boleh menjaga kebajikan mereka, takkan nak salahkan mereka bila mereka tidak mengundi BN?

Keputusan undi popular PRU 13 menunjukkan majoriti pengundi amat tidak berpuas hati dengan BN. 51.7% mengundi PR dan 48% pula mengundi BN. BN berjaya mengekalkan pentadbiran persekutuan mereka kerana Sarawak dan Sabah

Undi melayu untuk PR ialah 28peratus berbanding 34peratus kepada BN, dengan majoriti melayu di bandar terus mengundi PR. Di pendalaman, oleh kerana penduduknya lebih sentimental kepada BN, sukar untuk PR memenangi hati mereka

Kalaulah BN masih mahu meneruskan politik dahulu-kala, maka pengikut-pengikut mereka janganlah pula menyalahkan golongan cina andaikata keputusan PRU akan datang semakin tidak menyebelahi BN

Sebagai Islam, tunjukkanlah akhlak yang baik. Bila akhlak kita baik, tentulah orang bukan Islam akan lebih berminat. Tapi kalau akhlak kita ganas, jangankan orang bukan Islam, orang Islam sendiri akan menyampah

Hamba pernah ceritakan sebelum ini bahawa hamba pernah bertanya kepada syeikh hamba apakah hukumnya mengambil/mencuri barang di kedai orang bukan Islam yang bukan dari golongan zimmi, adakah pencuri akan dikenakan hukum hudud iaitu potong tangan? Syeikh hamba menjawab: Kalaulah kamu berbuat sedemikian, kamu rasa orang bukan Islam akan makin rapat atau makin jauh dengan Islam? Adakah ini yang diajar oleh Islam?

Dalam berurusan dengan orang bukan Islam, kita seharusnya cerdik, bukan extreme. Kalau sebelum ini kalian boleh melayan mereka dengan baik, mengapa kini kalian ingin melayan mereka dengan begitu keras? Adakah melayan mereka dengan sikap extreme akan mengembalikan semula keyakinan bukan melayu dan bukan Islam kepada BN?

Sekarang golongan yang dahulunya sibuk menyerang Pas, kini sibuk pula menyeru kepada perpaduan atas nama Islam dan melayu. Serang dan pujuk. Atau sekurang-kurangnya pecah-belahkan perpaduan antara Pas-DAP. Terlalu banyak kontradiksi dalam seruan mereka

Perlu diingatkan bahawa tahalluf siyasi Pas dengan DAP ialah berdasarkan ijtihad. Bila ijtihad boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Yang benar-benar tahu jawapannya hanyalah Allah ta'ala sahaja. Kalau betul dapat dua pahala dan kalau salah hanya satu pahala, selagi ijtihad tersebut dilakukan oleh orang yang layak.

Tiada siapa pun dari kalangan ahli UMNO yang mempertikaikan tahalluf siyasi UMNO dan parti komponen BN yang lain. Mengapa? Adakah kerana ijtihad tahalluf mereka lebih kuat dalilnya dari ijtihad tahalluf siyasi Pas? Adakah mujtahid dalam Umno ilmunya jauh lebih tinggi dari mujtahid dalam Pas? Wallahu a'lam

Yakinlah dengan ajaran Islam dan praktikkanlah ia dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, orang bukan Islam pun akan bertambah dekat dengan Islam. Semoga Allah ta'ala memberikan kemenangan kepada Islam dan pendampingnya

No comments: