Politik : Jangan fikir atas dasar parti semata


sedikit pesanan khas buat penyokong bn
(mohon luangkan 2 minit untuk baca)

1. Isu IC percuma
Meskipun media BN menafikan pemberian IC percuma kepada warga asing, tolong tinggalkan parti seketika dan lihat sumber-sumber dari Pakatan Rakyat, sekalipun kita berbeza parti, namun kita tetap sama-sama rakyat Malaysia. Negara kita telah terdedah kepada bahaya disebabkan kemasukan sejumlah besar warga asing yang diiktiraf secara rasmi melalui pemberian IC percuma. Mendapat IC bermakna mereka telah menjadi warganegara dan berhak menuntut semua hak sebagai rakyat Malaysia

2. Tok Guru Nik Aziz/PAS Sesat
Perkara ini timbul di media-media milik Barisan Nasional. Benarkah beliau sesat? Di mana sesatnya? Benarkah beliau mengkafirkan orang? Saya mohon tinggalkan seketika parti dan luangkan sedikit masa untuk mengenali peribadi beliau, cuba lihat di media-media selain BN untuk mendapat penjelasan sebenar berkenaannya. Perumpamaan mudah, bila kita sakit kita akan jumpa Doktor untuk lihat penyakit apa yang kita hidapi, sebab kita tahu itu bidang dia dan dia mahir tentangnya. Begitu juga isu Tuan Guru dikatakan sesat. Sepatutnya kita tanya ulama' dan orang-orang yang mahir bidang agama. Sebab itu bidang mereka dan mereka tahu sesat atau tidak. Apa yang kita lihat ulama'-ulama' yang faqih dan orang-orang yang faham agama mengatakan beliau tidak sesat bahkan semua mengiktiraf beliau seorang ulama' yang hebat peribadi serta ilmunya. Yang mengatakan dia sesat adalah orang-orang yang tidak mendalami jurusan agama bahkan lawan kepada partinya yang ada kepentingan politik. Apa yang penting, kita perlu lihat dari sumber yang benar supaya kita tidak tersilap menjatuhkan hukum

3. Salahguna kuasa pemerintah
Perkara ini seringkali dilontarkan oleh Pakatan Rakyat supaya kita semua cakna tentang pengurusan negara kita. Cuba lihat laporan rasmi audit negara, negeri-negeri di bawah pemerintahan PR meningkat dari sudut hasil keuntungan negeri sedangkan BN kebanyakannya menurun. Saya mohon lihat sebagai seorang rakyat Malaysia, bukan sebagai penyokong parti. Dan maklumat-maklumat ini tidak akan diperoleh di media-media BN seperti TV3 dan Utusan. Apa yang disebut oleh Pakatan Rakyat berkaitan pelbagai isu antaranya Lynas, Cincin 24 juta, Royalti minyak dan sebagainya, ia bukan isu yang kecil. Lihat juga kekayaan Menteri-menteri di Malaysia sedangkan ramai rakyat yang dibelenggu kemiskinan. Bandingkan gaya hidup pemimpin BN dengan pemimpin di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang penting untuk kita tahu, pengurusan negara kita mengalami kebocoran dan ketirisan yang teruk, hutang negara Malaysia era pemerintahan Dato' Seri Najib sangat tinggi dan mencecah RM546 bilion. Maklumat ini tidak akan diperoleh di TV3 dan Utusan

4. Isu liwat Anwar Ibrahim
Isu ini sejak dulu dan tidak pernah surut menjadi buah mulut. Secara ringkas saya ingin sebut, Pada 26 Jun 2008, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid merupakan doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan. ACP Rodwan membawa Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi untuk mendapatkan pemeriksaan dubur. Tetapi Dr Mohamed Osman tidak mendapati sebarang kecacatan pada dubur atau tanda-tanda telah diliwat. Laporan perubatan yang ditulis oleh Dr Mohamed tersebar di internet tetapi dinafikan oleh Pusrawi. Portal berita Malaysia Today telah menyiarkan surat akuan bersumpah oleh Dr Mohamed Osman bahawa beliau berpegang teguh kepada hasil pemeriksaannya bahawa Saiful tidak diliwat. Namun ia dinafikan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan dijadikan isu hingga kini

5. Undi PR, DAP akan rampas Malaysia
Cuba berpijak di bumi nyata, Pakatan Rakyat cuma ada satu parti non-muslim iaitu DAP sedangkan Barisan Nasional ada MIC, MCA, Gerakan dan 10 lagi parti komponen non-muslim yang lain. Ini juga isu yang dimainkan oleh media BN menyebabkan wujud hubungan tidak baik sebahagian rakyat dengan DAP. Kenapa tidak pernah risau kebarangkalian MCA, MIC, Gerakan dan 10 parti komponen BN yang lain merampas Malaysia?Sebab itu saya katakan, ia permainan media. Menakut-nakutkan melayu dengan DAP supaya rakyat takut memilih PR untuk lakukan perubahan

Kesimpulan
Apa yang saya harapkan adalah kita perlu melihat setiap isu dari sumber-sumber yang berbeza. Tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media satu pihak. Yang akhirnya langkah kita tersilap disebabkan tidak mendapat maklumat yang sebenar

Walaupun berbeza parti, namun sebagai rakyat Malaysia,kita sayangkan negara kita

No comments: