Seharian sebagai Rakyat Malaysia

Tahukah anda? aku duduk dlm rumah bosan,okay bukalah Tv, Tv biasa je tiada Astro.Buka Tv1 kutuk PR,buka Tv2 kutuk PR,Buka Tv3 perghhh lagi hebat kutuk PR.. hurmmm nak masuk Astro lah,masuk 27hb (masuk Free) dah masuk Astro satu cerita,77X ulang tayang.. Sampai 28hb TV jadi gelap(ni mesti kena potong ni) angkat Fone call astro

encik, kenapa tv saya jadi gelap? astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh cerah, Aku ckp x boleh tunggu cukup bulan ke baru potong.. 27hb belum dpt gaji... Astro ckp encik masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnya) okay takpelah,TV gelap sampai 30hb gaji aku byr... tiba2 time nak byr kena denda Rm20 (penyambungan) n cukai 6%, perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk! Tiba2 teringat kata menteri, "kalau taksuka Astro,Tengok tv biasa" Okay aku STOP Astro, tgklah TV biasa yg hari2 kutuk PR

tiba2 teringat eletrik pula naik, ok aku tutup terus TV.. Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market nak beli gula dgn kopi, tgk Harga gula mahal, tiba2 teringat kata2 menteri, "Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis", ok tak jadi beli gula, balik minum kopi kosong je.. dah minum air dpt call member ajak pergi rumah dia ada kenduri sikit, ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri, "jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama" tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak mahal(kataku dlm hati),,, okay takjadi naik kereta,naik basikal je lah

dlm 1jam 45min smpai rumah kwn, Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi dgn sayur.. aku tanya kwn, mkn sayur je ke? kwn jwb "yerla kan menteri ckp kalau ayam mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn ikan,Skrg ni semua mahal,mkn sayur jela murah" ok lepas mkn nak blk lah.. kayuh basikal sambil terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni, tiba2 teringat kata menteri "kalau taksuka dgn malaysia,Sila keluar dari Malaysia" ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku berpindah ke planet PLUTO

No comments: