Perluaskan Barang yang Tidak Dikenakan GST

Rakyat mahu senarai barangan yang dikecualikan daripada GST diperluaskan merangkumi barangan keperluan lain

Selain beras, minyak masak dan garam,terdapat banyak barangan makanan penting lain yang belum dimasukkan dalam senarai pengecualian.

Kami bimbang sekiranya makanan seperti roti,biskut,kopi,teh,kicap yang juga merupakan barang-barang keperluan akan dikenakan cukai di bawah GST.Barang-barang makanan asas seperti itu juga perlu dikecualikan kerana ia digunakan secara meluas oleh kumpulan berpendapatan rendah

Antara perkhidmatan yang dikecualikan GST ialah cukai perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, perkhidmatan kesihatan, pendidikan sekolah dan perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk tol lebuhraya.

kos pengangkutan adalah perbelanjaan tertinggi bagi kumpulan pertengahan dan berpendapatan rendah selepas perumahan dan makanan

item yang kini dikenakan cukai SST adalah kurang daripada apa yang akan dikenakan GST.

Jumlah barangan yang dikecualikan di bawah Akta Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No 2) 2012, mempunyai 250 muka surat.
Tetapi bilangan barangan yang tidak akan dikenakan GST cuma 21 muka surat.

ini bermakna harga bagi majoriti barangan dan perkhidmatan akan meningkat kerana GST, walaupun selepas pemansuhan SST

No comments: