17 Mei 2014

Tinggal yang tiada kaitan

Dari Abu Hurairah radhiallahunhu dia berkata :
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
Sebahagian dari baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat buat dirinya.”
(Musnad Ahmad, no. 1737. Sunan at-Tirmidzi no 2317, 2718. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh an-Nawawi, Ibnu Hajar, dan Syu’aib Al-Arnauth)

Jangan Buka Aib

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ
"Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aib dirinya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagimana hamba tersebut membantu saudaranya"
(Hadis Riwayat Imam Muslim no. 2699)

maksud surah Ali Imran ayat 26

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Ali-'Imran:26