Restoran Hai Thien Kuala Perlis

24 Ramadan 2018 iftar bersama office mate di Restoran Hai Thien Kuala Perlis.

Siakap 3 rasa dan siakap stim limau masyukkk.
Kerabu pelam dengan ikan bilis marvelous. Kuantiti pun banyak. Ikan bilis rangup elok.
Tomyam ok,tak pedas sangat.
Tauhu isi ketam memang layan.
Sotong goreng tepung aku kasi B tak boleh kasi A sebab pernah makan kedai lain lagi ngancam. 

Jus amra(kedondong) dan oren terasa lemaknya. Fuhhh sampai aku minum banyak gelas.

Dari segi rasa, harga makanan, kebersihan dan suasana restoran aku bagi 4.5 bintang.

Kami 6 orang. So kami collect sorang rm31.
Menu yang kami order sebenarnya boleh makan 7 orang.













No comments: