31 Okt 2011
Motivasi Diri
Apabila berjumpa dgn org jahil,anggaplah mereka lebih mulia drpd kita kerana mereka membuat dosa dlm kejahilan sedangkan kita membuat dosa dlm keadaan mengetahui
27 Okt 2011
jom belajar loghrat utara
1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30. Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59. Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam
19 Okt 2011
13 Okt 2011
12 Okt 2011
Mengapa Wanita Islam wajib Bertudung
1) Tuntutan agama Islam yang suci
Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari
3) Lebih cerdik,selesa dan sihat
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.
4) Tidak membazir
Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!
5) Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain
8 ) Lebih dihormati dan dihargai
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi
9.) Lebih disayangi oleh ALLAH
Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat
10.) Calon Isteri
Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. Jadi jom pikat wanita yang bertudung dan jadikan ia sebagai wanita yang solehah ya. InsyaAllah
2 Okt 2011
Langgan:
Catatan (Atom)