25 Jun 2013

Islam for All

Agama tak datang untuk mengubah tabiat manusia agar bertentangan dengan alam. Nabi tak suruh Umar ubah sikap jadi macam Abu Bakar. Kekalkan karakter asal tak bertentangan dengan Quran dan Sunnah. Agama kekal kerana itu orang Islam cepat berkembang. Islam masuk ke China tapi tak suruh orang Cina pakai jubah. Orang India boleh pakai kurta, orang Melayu boleh pakai sampin. Islam tak ubah pakaian tapi ubah akidah

24 Jun 2013

Jangan biarkan Orang lain Lari

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari (HR. Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 
1. Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan
2. Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup
3. Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya boleh diterima dengan mudah dan rela

23 Jun 2013

Surah Muhammad ayat 7

"jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
Surah Muhammad ayat 7

21 Jun 2013

Surah Fussilat ayat 30

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat :30)

nak tahu terjemahan ayat al Quran ke bahasa melayu sila klik disini

20 Jun 2013

Kembali

Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dosa-dosa, kelalaian, dan kealpaannya terdahulu membawa dia pada Taubat Nasuha dan membuat dia bangkit mendekati Allah

Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yg hilang di belantara maksiat.dia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah.dia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun

Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”
(Surah al-Zumar, ayat 53-54)

Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya, dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al Fatir:2)

16 Jun 2013

Tips Didik Anak

Jangan sesekali berkata kepada anak kecil "pergi main jauh-jauh, abah/mama nak solat"
Tetapi pakaikan mereka dengan pakaian solat dan katakan "wah!cantiknya adik pakai untuk solat"
Insyaallah, suatu hari anak kecil ini akan cakap "abah/mama adik nak solat jugak ni"