6 Jun 2014

seseorang dengan Tuhan

Kedudukan setiap insan disisiNya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Tidak mustahil orang yang kita tengok didunia ini dia tidak baik, tiba-tiba di akhirat dia mendahului kita didalam kebaikan.
Allah mengetahui setiap benda yang ada dalam jantung hati manusia.
Setiap kita sama kelihatannya, tapi tidak sama apa yang terpendam dalam jiwa kita.
Setiap orang yang duduk dalam saf dan menyatakan "Allahu Akbar" bunyinya sama, tapi tidak sama khusyuknya.
Setiap orang yang berdoa "Ya Rabb" bunyinya sama, tapi tidak sama dalam tawakal dan harapannya.
Setiap orang mengaku beriman bunyinya sama, tapi adakah sama antara iman kita dengan iman Abu Bakar, iman kita dengan para sahabat dan iman kita antara kita.
Allah mengetahui apa yang zahir dan yang batil di kalangan hambaNya.
Kita hanya mengetahui yang zahir sahaja, mungkin satu hari dia di sisi Allah lebih baik dari kita. Jangan kita lupa Dia memasukkan pelacur yang memberi minum kepada anjing ke dalam syurga, inikan pula pada hambanya yang lain.
Kedudukan insan disisiNya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Rahmat Allah itu lebih luas dari sangkaan insan, ia datang dalam pelbagai rupa dan cara.
Jalan pulang ke pangkuan Tuhan terlalu luas.
Allah tidak jauh, berdoalah kepadaNya

17 Mei 2014

Tinggal yang tiada kaitan

Dari Abu Hurairah radhiallahunhu dia berkata :
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
Sebahagian dari baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat buat dirinya.”
(Musnad Ahmad, no. 1737. Sunan at-Tirmidzi no 2317, 2718. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh an-Nawawi, Ibnu Hajar, dan Syu’aib Al-Arnauth)

Jangan Buka Aib

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ
"Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aib dirinya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagimana hamba tersebut membantu saudaranya"
(Hadis Riwayat Imam Muslim no. 2699)

maksud surah Ali Imran ayat 26

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Ali-'Imran:26