25 Sep 2013

Kesilapan Membuatkan Kita Matang

Kita banyak melakukan kesilapan. Begitu lumrah hidup kita sebagai manusia,hamba Allah yang hina. Takkan pernah lari dari kesilapan. Kita perlu pastikan yang kita lebih banyak buat perkara yang betul berbanding buat silap. Kita harus memilih dan berusaha untuk berada dalam suasana yang dapat menarik kita untuk sentiasa buat perkara yang betul.Jadi jangan cuba memenangkan diri sendiri atau lari dari kesilapan bila ternyata diri kita yang lakukan. Ternyata melarikan diri telah memasukkan diri kita ke arah jalan yang silap. Beranikan diri berhadapan dengan kesilapan supaya kesilapan itu akan membentuk kembali diri kita menjadi orang yang sentiasa memilih melakukan perkara yang betul

11 Sep 2013

Harta membuatkan Manusia lupa

BAHAYA KEMEWAHAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi SAW bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu." (HR Tirmidzi)

KETERANGAN

Dalam hadith ini Nabi kita Muhammad SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad SAW mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW, "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian, Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya

10 Sep 2013

Rona-rona Kehidupan

Hidup ni memang hambar kalau takda orang faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Hidup ni memang gelap kalau takda orang nampak bila kita menjerit memanggil mereka. Hidup ni memang sunyi kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita. Tapi sedalam manapun kehambaran, kegelapan atau kesunyian itu sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita kuat untuk lawan kesakitan itu semua, kita sendiri yang akan dapat rasa alangkah kecilnya dunia ni. Masa tu nanti, baru kita akan sedar bahawa penyesalan tanpa kekuatan untuk bangun kembali hanyalah sia-sia.

Takda orang yang gagal dalam dunia ni walaupun dia duduk di tempat yang paling belakang. Walaupun dia jatuh bila ditolak seseorang. Walaupun dia ditinggalkan keseorangan dalam tempat yang sunyi dan tiada sesiapa dapat mendengar jeritannya. Selagi dia mencuba untuk melangkah ke hadapan, selagi dia cuba untuk bangun dari kejatuhan itu, selagi dia cuba untuk mencari jalan keluar yang boleh membebaskan diri dia, selagi itulah cahaya kejayaan akan sentiasa menunggu dia di akhir jalan sana

Memang bukan senang nak dapatkan apa yang kita hajatkan. Bukan senang juga kita nak menerima sesuatu yang datang dalam hidup kita dan sesuatu itu kita langsung tak harapkan. Bukan semua kehendak kita dapat ditunaikan sekaligus. Kadang-kadang sesetengah apa yang kita minta tak dapat diberi tapi sebaliknya telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita sendiri. Bezanya, antara kita sedar atau tidak

Cuba pejam mata untuk seketika dan fikirkan perkara yang paling buat kita gembira dan tersenyum. Apa sahaja. Tempat, suasana, peristiwa, seseorang atau benda. Perasan tak, dalam diam kita akan tersenyum sendiri. Semua masalah akan dilupakan seketika. Walau hanya seketika, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat buat kita tersenyum. Bukankah itu bahagia?

Sedalam manapun kesedihan yang kita alami, kalau kita sendiri yang taknak keluar daripada kesedihan tu, kalau kita sendiri yang terus menjerat diri kita dalam kesakitan tu, kalau kita sendiri yang membiarkan hati kita terus-terusan menangis, kita takkan rasa apa itu bahagia. Nasihat boleh diminta. Cara boleh diberi. Diri kita sendirilah yang kena bangun sendiri dan ambil langkah pertama untuk keluar daripada keluhan itu. Tak susah sebenarnya. Pinta bimbingan kekuatan dariNya, semoga apa yang kita inginkan akan dipermudahkan

Kepimpinan melalui Umar Abd Aziz

“Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ isterinya juga turut mengalir air mata - kata-kata Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz memiliki sifat-sifat di antaranya: adil, sederhana, sopan santun, taqwa kepada Allah SWT, sangat cinta kepada rakyatnya

Salah satu tindakan yang pertama kali beliau lakukan adalah melarang mencaci maki lawan.

Umar bin Abdul Aziz juga menjauhkan diri dan keluarganya dari kemewahan dunia. Tanah kebun dan ladang miliknya turut dijual. Baginda membuang semua pakaian, barang perhiasan mewah dan mahal dan diganti dengan pakaian sederhana. Malah, Umar memberi pilihan kepada isterinya untuk memilih dirinya atau harta mewah. Isterinya memilih Umar sebagai suami dan redha hidup sederhana sepertimana diingini Umar.

Sesudah membersihkan diri dan keluarganya, barulah Umar bertindak untuk membersihkan masyarakat daripada perbuatan yang melanggar hukum agama.

8 Sep 2013

Umar Abd Aziz

Umar Abd Aziz tatkala menjawat jawatan Khalifah Umayyah. datang anaknya di pejabat utk bertanyakan sesuatu. Lalu ditanya anaknya adakah ini urusan keluarga atau urusan negara? Jawab anaknya urusan keluarga..lalu dipadamkan pelita dihadapannya dan dinyalakan pelita yang berlainan. Maka tanya anaknya kenapa padam pelita itu dan nyalakan pelita lain? Lalu berkata Umar Abd Aziz bahawa pelita ini adalah duit negara(Baitul Mal) manakala pelita yang baru dinyalakan itu adalah duit poketnya sendiri

zaman Umar Abd Aziz juga kita dapat lihat dimana beliau mentadbir negara dengan cemerlang dan menjaga rakyat dengan baik sehingga tiada seorang pun rakyatnya layak menerima zakat


Kata Umar Abdul Aziz:
“Taburkanlah gandum di puncak gunung supaya tidak ada yang mengatakan burung telah kelaparan di negara orang Islam”
Lihatlah bagaimana hebatnya pemimpin Islam dahulu.Bukan saja manusia yang dijaga dengan baik,malah pada haiwan juga

7 Sep 2013

Hakikat Doa

Doa yang mustajab itu disebabkan jiwa yang penuh tumpuan dan harapan. Doa memerlukan penghayatan, bukan hafal tanpa tahu maksud