10 Sep 2013

Kepimpinan melalui Umar Abd Aziz

“Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ isterinya juga turut mengalir air mata - kata-kata Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz memiliki sifat-sifat di antaranya: adil, sederhana, sopan santun, taqwa kepada Allah SWT, sangat cinta kepada rakyatnya

Salah satu tindakan yang pertama kali beliau lakukan adalah melarang mencaci maki lawan.

Umar bin Abdul Aziz juga menjauhkan diri dan keluarganya dari kemewahan dunia. Tanah kebun dan ladang miliknya turut dijual. Baginda membuang semua pakaian, barang perhiasan mewah dan mahal dan diganti dengan pakaian sederhana. Malah, Umar memberi pilihan kepada isterinya untuk memilih dirinya atau harta mewah. Isterinya memilih Umar sebagai suami dan redha hidup sederhana sepertimana diingini Umar.

Sesudah membersihkan diri dan keluarganya, barulah Umar bertindak untuk membersihkan masyarakat daripada perbuatan yang melanggar hukum agama.

Tiada ulasan: