23 Jul 2022

Koleksi Game

freegamesdl.net

igg-games.com

pcgamefreetop.net

heaven12bluesky.blogspot.com

oldgamesdownload.com


GAME OFFICIAL

gameloop

melsoft-games.com/games

alawar.com


GAME DAH CRACK

gametop.com

myplaycity.com

myrealgames.com

toomkygames.com


COMMAND n CONQUER

mentalomega.com

cncnz.com/games

https://downloads.cncfps.com

facebook.com/TechRacun/photos/a.176970666364617.1073741830.176743799720637/225205478207802

aksiz.com/202038907-Command & Conquer Remastered Collection

4shared.com/rar/8nMrNZ7Xei/Red_Alert_2_Yuris_Revenge_Repa.html -pass is-download.blogspot.com

facebook.com/NadhiImani/posts/2227057074061741


HALF LIFE dan Konter Strike

http://download.expandedcs.com/SETTI_CS16_6153.exe

csduragi.com/cs-1.6-full-indir.html

http://163.172.189.219/client/csduragi_cs16.zip

Counter-Strike1.6_cs...rampage.us.lt

cs_16_clean_eng...down-cs.su/clean.php

CS-Professional...counterstrike16pro.com...ada map iceworld

moddb.com/downloads/resolution-patch-for-won-half-life

gametracker.com/server_info/213.238.173.152:27015

gametracker.com/server_info/192.223.30.68:27015

tsarvar.com/en/games/half-life

oleg2k19.info

hl2go.com

4shared.com/rar/532mxNFf/Half_Life.html...rar 271mb..unrar 380mb.

lonebullet.com/games/half-life-6676.htm

Tukar minyak power steering

Tukar minyak power steering pada 22.7.2022 @55880km

jenama NASA minyak warna merah - lubeworld.com.my

kureng la sebab kedai ni tak flushing buang minyak lama dalam pam dan rack. Hanya buang minyak lama dalam tabung botol.

minyak power steering rm30, upah rm20. doddy auto services






Jenama yang Bagus

zebra-head.com zebra-head.com.my

fudalock.com

kingtoyo.com.my


27 Mac 2022

Akhlak

Sebahagian dari umat ini mencapai kedudukan yang tinggi di sisiNya, bukanlah kerana banyaknya rakaat solat malam atau banyaknya berpuasa pada siang hari, tapi kerana akhlaknya yang mulia pada orang lain.


‎سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الخُلُقِ

(Riwayat Ibnu Majah 3443)


Rasulullah SAW pernah ditanya, ‘Apakah yang paling banyak menyebabkan manusia masuk ke dalam syurga? Baginda SAW menjawab

‘Takwa dan akhlak yang baik.’


Akhlak yang baik tercermin dari sikap tidak menyakiti orang lain.

Perkataan yang baik dan sopan, tidak membuat orang marah dan tidak melakukan perkara mungkar.

Oleh kerana itu,perhatikanlah wahai saudaraku, pengaruh yang besar dan ganjaran yang banyak dapat diperoleh dari perbuatan yang baik dan terpuji.


Akhlak yang baik adalah tanda keimanan.

Akhlak yang baik itu merupakan satu bentuk dari sempurnanya iman, sebagaimana Baginda SAW bersabda:


‎أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

(Riwayat at-Tirmidzi 1162)

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”


Akhlak yang baik juga merupakan satu sedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ucapan yang baik adalah sedekah.”

(HR. Bukhari 2989, Muslim 1009)

TNB - Tukar nama kepada penyewa

Apa? Tunggakan Bil TNB RM 787.95? Memang pening kepala sebab penyewa lama tinggalkan rumah dengan tunggakan Bil TNB mencecah ratus riban

Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul  jaga rumah yang disewa macma rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utility. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utility dah tentu2 tuan rumah lah jadi mangsa.

Namun bagi mengatasi masalah ini, pihak Tenaga Nasional Berhad(TNB) mengambil langkah proaktif untuk membantu pemilik rumah menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik rumah. TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut.

Skim ini membolehkan nama penyewa didaftarkan dalam bil TNB bulanan. Ia ibarat pemilik membuka akaun khas untuk penyewa. 

Sekiranya terdapat tunggakan selepas penyewa berpindah dari rumah yang disewa, akaunnya akan terus ditanggung oleh penyewa sampai bila-bila. Jadi, bila penyewa nak daftar nama di tempat atau rumah sewa yang lain, akaun tadi akan dibawa sama.

Berikut adalah langkah-langkah untuk proses pendaftaran Skim Penukaran Penghuni Sementara:

Prosesnya seperti berikut:

1. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah. 

Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.

Keperluan:

-Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tn Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula

-Sesalinan MyKad Penyewa.

-Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.

-Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.

-Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang. 

Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.

3. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.

Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Penyewa berkenaan berpindah keluar.

-Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB. 

Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri

Tn Rumah tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa. 

Misalnya cagaran dipegang RM1k namun tunggakan bil RM8k, maka ia merugikan pihak Tn Rumah. Kes yang kerap berlaku.

Melalui cara ini, no akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tn Rumah.

Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka. 

Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua Tuan Rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh penyewa tidak bertanggungjawab

1 Feb 2022

Kita

 TiGA FASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


1. Di umur Remaja, kamu miliki masa dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai harta.


2. Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai masa.


3. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa. Tapi kamu tidak mempunyai tenaga.


Inilah kehidupan.

Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, diambil sesuatu yang lain dari kamu.

Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka.

Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

(Merasa Cukup dan Bersyukur dengan Kecukupan ini)


Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung.

Bila hujan, kita tanya bila nak kemarau. Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun.

Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah.

Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ramai orang pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian.


Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki. Bila telah dimiliki lain pula jadinya.


Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.


Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.


Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki.

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki.

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki.

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki.

Bersyukur di dalam segala perkara.


Jauhilah sifat sombong dengan apa yang kita miliki.

Kerana,segala ini tidak berkekalan.


Segala puji bagi ALLAH