27 Mac 2022

Akhlak

Sebahagian dari umat ini mencapai kedudukan yang tinggi di sisiNya, bukanlah kerana banyaknya rakaat solat malam atau banyaknya berpuasa pada siang hari, tapi kerana akhlaknya yang mulia pada orang lain.


‎سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الخُلُقِ

(Riwayat Ibnu Majah 3443)


Rasulullah SAW pernah ditanya, ‘Apakah yang paling banyak menyebabkan manusia masuk ke dalam syurga? Baginda SAW menjawab

‘Takwa dan akhlak yang baik.’


Akhlak yang baik tercermin dari sikap tidak menyakiti orang lain.

Perkataan yang baik dan sopan, tidak membuat orang marah dan tidak melakukan perkara mungkar.

Oleh kerana itu,perhatikanlah wahai saudaraku, pengaruh yang besar dan ganjaran yang banyak dapat diperoleh dari perbuatan yang baik dan terpuji.


Akhlak yang baik adalah tanda keimanan.

Akhlak yang baik itu merupakan satu bentuk dari sempurnanya iman, sebagaimana Baginda SAW bersabda:


‎أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

(Riwayat at-Tirmidzi 1162)

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”


Akhlak yang baik juga merupakan satu sedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ucapan yang baik adalah sedekah.”

(HR. Bukhari 2989, Muslim 1009)

Tiada ulasan: