21 Feb 2025

Doa

Doa adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Allah.
Orang yang sentiasa berdoa,dia akan menyaksikan keajaiban dalam hidupnya.
Percayalah Allah sentiasa mendengar doa.
Orang yang berdoa kepada Allah dengan tak syak,tak ragu-ragu dan dia yakin pada tuhannya,Allah menerima doanya.

Bagaimana doa itu hadir,ia hadir sebagaimana Allah kehendaki.
Mungkin kita membayangkan sesuatu tetapi ia hadir dlm bentuk yg lain tapi menunaikan maksud kita bahkan lebih baik.
Sebahagian hal yang kita berdoa,kita rasa doa kita tak muncul tapi sekarang kita dapati hidup kita baik dan apa yang menjadi kerisauan kita telah hilang kerana Allah S.W.T menunaikan doa kita mengikut apa yang Dia kehendaki.
Berdoalah.

Tiada ulasan: